BISNES DARI RUMAH, PELUANG BUAT SEMUA


Assalamualaikum..

Yeeaaaa... dapat baby baru!!   Hehehe macam best kan??  Bukan anak Suri laa.  Anak cikgu sebelah rumah.  Dia minta Suri tolong jaga sementara dalam waktu cuti sekolah ni.   Baby sitter anaknya balik kampung, nun di Bandung sana.  Jauh tu.  Actually cikgu ni ada je di rumah, tapi disebabkan dia sedang dalam proses renovation sikit kat rumah dia tu, tak selesa la kalau ada baby yang dah mula pandai merangkak.  Mana lagi si tukang tu nak bertukang, si baby nak tidur mestila terganggu dek bunyi bising ke apa.

Mula-mula tu macam terkejut juga sebab Suri memang tak pernah jaga anak orang.  Risau okey.  Mana lagi dengan Suri nak berbisnes.   Tapi tak apalah, orang datang minta tolong, benda kecik je pun, apa salahnya.  Lagi pun tak susah sangat la nak jaga.  

Macam biasa Suri suka settlekan semua kerja rumah, membasuh, mengemas, memasak cepat-cepat supaya senang untuk Suri buat bisnes Suri.  Check e-mail, layan mesej customer, buat appointment.

Suri bisnes apa?  Haaa, sini nak cerita sikit.   Suri agen produk 4Life Transfer Factor.  Rasanya ramai dah tahu produk ni dan ada juga yang masih belum tahu.   Senang cerita produk ni memang dah terbukti berkesan dan mampu merawat hampir kesemua penyakit! (kecuali mati).

Apa kelebihan produk ni?  Nanti Suri kongsikan dalam entri akan datang.  Sebenarnya klinik di area Pasir Gudang, Masai dah banyak yang guna produk 4Life untuk pesakit-pesakit mereka.  Siapa yang supply?  Hehehe.. Consultant2 kami la.  Dan keberkesanannya terbukti apabila sentiasa buat repeat order.   

Pagi tadi juga Suri ada appointment dengan sebuah klinik di sini untuk supply produk 4Life ni dan alhamdulillah berjalan dengan lancar.  

Okey, itu cerita tentang supplement.  Lagi satu bisnes yang Suri buat lagi sempoi.  Simkad Tone Excel!  Memang superb!.  Modal rendah dan senang nak uruskan.  Suri buat online dan offline.   Dua-dua bisnes ni Suri buat online dan offline.   Tapi untuk 4Life Suri banyak buat offline sebab senang nak cerita.





Suri rasa bisnes dari rumah sesuai untuk sesiapa saja untuk meningkatkan pendapatan masing-masing, maklumlah kos sara hidup sekarang ni memang melambung2 naiknya.   Lagipun masa yang ada boleh dimanfaatkan untuk sesuatu yang berfaedah.  Dari ber FB layan game sampai berjam-jam boleh ketagih lebih baik buat bisnes kan.   Suri tak pernah layan mana-mana request main game kat FB.  Bukan nak menyombong tapi tak minat dan tak ada masa untuk  benda-benda tu semua.  Biasanya Suri akan remind secara baik tapi masih ada jugak laa yang dok request segala mak nenek game tu.   Apa Suri buat?? Ignore je laaa takkan nak marah-marah pulak. Tak baik la.

Kelebihan Simkad Tone Excel??  Nantikan entri seterusnya dari Suri...dah mengantuk dah weii, esok pagi2 dah nak keluar, ada appointment!

Ada sesiapa nak tau lebih lanjut pasal bisnes ni.. contact la Suri 0177564081 sms/call atau pm di FB Suri.. KAT SINI.

Atau boleh juga email di :  dora6471@gmail.com


Ramai yang berjaya dengan bisnes dari rumah tak kira la suri rumah, student, golongan professional.. tak kira la siapa pun, semakin ramai!!!   Jom kita sama-sama berbisnes!!





Jumpa lagi...  




4Life TRANSFER FACTOR.. PENAWAR PELBAGAI PENYAKIT


Assalamualaikum... 

Semakin hari semakin sibuk!  Mana nak layan kerenah anak2, kerja2 rumah yang lain2 lagi.  Kadang2 dah plan nak update blog, tertunda dek melayan pertanyaan dan tempahan di FB.   Pasal apa tu??  Hehehe..   Tu belum lagi nak check e-mail.  Sampai si Baby anak Suri yang bongsu tu merajuk kalau kita start on laptop.  

Ok, Suri nak cerita sikit pasal perkembangan anak Suri yang sulung tu.   Dah nampak perkembangan positif!  Sejak Suri bagi produk 4Life Transfer Factor Advanced Formula, nampak agak ketara perubahan dia.  Kalau sebelum ni dia tak bermaya, susah nak berjalan, selalu merungut sakit lutut, siku, jari2 tangan kerap sakit.  Sekarang ni dah laju la jalannya.  Tak ada lagi terhincut-hincut.   Dah mula keluar main badminton dengan kawannya depan rumah.  Sebelum ni nak pegang reket pun susah dan sakit!  Walaupun dia dapat main badminton sekejap pun jadilah, cuma sakit sikitlah tulang belakang dia lepas main tu tapi sekejap aje.  Kira ok laa.

Mujur juga Suri memang agen 4life!  Macam-macam kelebihan 4Life ni walau harga dia mahal tapi amat berkesan untuk semua jenis penyakit.  Adik Suri yang bongsu juga satu ketika dulu pesakit diabetes.  Pankreasnya rosak dan terpaksa ambil insulin.  Lepas ambil produk 4Life TF khas untuk diabetes, dan jaga diet pemakanannya, Alhamdulillah dia kini bebas dari penyakit diabetes dan tak perlu ambil insulin lagi.







MAMEE CHEF - MALACCA FACTORY VISIT INVITATION


Assalamualaikum...  

Dapat jemputan lah!!
nuffnang logoNuffnang Malaysia
Fri, 16 May 2014

Mamee Chef - Malacca Factory Visit Invitation

Greetings Nuffnanger,
Your Friday is about to become better, because we’re about to offer you a exclusive opportunity to join us on an all-expense paid road trip down to Malacca to visit Mamee Chef’s factory!
Not only will you be ferried in a bus to Malacca (From Subang) with 60 other fellow Nuffnangers to explore the ins and outs of the factory, you’d be enjoying meals together on the streets of Jonker too! And that’s not even the best of it, as you’d be remunerated for your participation and blog coverage of the event.
Here are the details of the event:
Event: Mamee Chef – Malacca Factory Visit
Date: 31May 2014 (Saturday)
Time: 8am to 4pm
Venue: Malacca

If you are interested to participate in this campaign, kindly fill in your details athttp://blog.nuffnang.com.my/mamee-chef-malacca-factory-visit/ by 12.00PM, 20 May 2014.
Do note that this campaign is only open to Glitterati Nuffnangers, and these are SINGLE invites only. Only the first 60 bloggers selected will be contacted personally for confirmation. 

Mula-mula dapat email dari Nuffnang ni, rasa macam tak percaya pun ada, teruja pun ada... hehehe betul ke tak ni??  Blog pun masih baru pastu kemain malas nak update pun dapat invitation gak ke??  Hohohoho...  takpe, rezeki tu!   Ini cuma permulaan.   Tapi sayangnya Suri tak dapat pegi pulak sebab tarikhnya 31st June tu macam tak berapa kena pulak.   1st June Suri kena bawak si kakak ambil darah kat Hospital.   Takut terkejar-kejar masa dan penat!   Ye lah event tu sampai pukul 4 katanya tapi manalah tau kot ada perubahan dan terlajak sampai pukul 5 - 6, so bila pulak nak sampai Pasir Gudang??  Masa nak pergi tu pun nak kena gather kat Subang naik bus dari sana.   Ikut hati nak pergi je, husband pun suruh pergi je dia boleh pergi bawak kakak pergi Hospital.   Tapi berat la rasa hati nak tinggalkan dia orang ni, dah la tak pernah berenggang jauh. Last-last tak jadi la nak ikut Nuffnang's trip ni.   Sedih memang sedih, tapi family first lah!

Tup-tup kat FB ada pulak yang tanya ada sesiapa blogger from JB??  Dia nak ajak sekali pergi, tapi hujung2 tak jadi jugak sebab husband dia pun ada hal on that day and takde siapa nak jaga jelitawan2 comel dia yang 3 orang tu.  Nak tau siapa blogger cun tu boleh la pergi jengah kat blog comel dia KAT SINI.  Memang best baca blog sempoi dengan loghat utara dia tu!   So kami tak dapat la nak join event tu, harap-harap akan ada lagi invitation dari Nuffnang ye!






KESIHATAN SEMAKIN MEROSOT!


Sambung entry lepas...  Satu hari kakak balik sekolah dalam keadaan tangan yang sakit.  Kenapa tu kakak?  Tanya Suri, risau dibuatnya.  Dia kata kakak kena rotan dengan cikgu sebab tak siapkan dan hantar homework.   Haaa???  Malam tu dia terus sakit dan melarat2 pula.   Ini tak boleh jadi, hari Ahad ni mummy dan daddy pergi sekolah jumpa cikgu.  Bukan nak pergi serang ke nak marah ke... nak explain kat cikgu2 dia tentang masalah si kakak ni.

So pergi la kami ke sekolah, actually mummy je pergi sbb daddy jaga si baby ni kat dalam kereta.  Tak payah ramai2 nak naik pejabat sekolah tu.  Lepas explain kat cikgu, memang diorang semua terkejut dan simpati.  cikgu yang merotan tu pulak belum sampai lagi.  Kebetulan pula masa tu first day exam mid year, cikgu suruh ambil periksa di bilik kesihatan dan masa tambahan diberi sebab kepayahan kakak nak menulis, lambat dan sakit.

Baru sehari jawab periksa dia terus sakit teruk.  Lutut sakit tak boleh jalan.  Aduh! perit tengok dia kesakitan macam tu.  Apa lagi, terus call member dia Consultant dan agen produk 4Life, minta dia supplement Transfer Factor.  Dia terkejut mulanya, kenapa kak? bertalu2 soalan dia... dan terkejut bila dapat tau si kakak kena Arthritis ni.  Esoknya kami jumpa kat restoran dan bincang pasal ni.   Transfer Factor ni memang bagus.. Suri pun ambil sebotol dulu dengan teh 4Life.   Mula-mula makan kena dos tinggi sikit.  Dan kesannya?? Habis semua sendi tulang sakit teruk.  Pinggang, rusuk, siku, bahu, rahang... tindakbalas yang kuat dan 4Life TF ni akan kerjakan mana2 tempat yang rosak teruk. 

Lepas 2 hari makan TF belum nampak lagi kesan untuk baik tapi satu hari kakak balik sekolah longlai dan lepas mandi da solat dia terus tak boleh jalan! Sampai mengesot dalam rumah dan rasa kakinya berat sangat.  Suri pun papah dia ke atas katil dan baring.  Dia tak boleh nak cakap sakitnya macam mana.   Suri terpaksa bawakan makanan kat katil.  Kesian betul.  Terus terbayang waktu dia bersukan dulu, masa tu darjah 5 dia masuk sukan lari 4 x 200 meter.   Dia boleh kejar dan potong 3 orang sekali gus yang dah jauh lebih 100 meter depan dia!!  Memang hebat !!  Tapi sekarang nak berjalan dalam rumah pun tak larat.   Taekwando juga dah lama berhenti masa nak ambil exam untuk talipinggang hitam sebab masa tu dia dah tak larat katanya.  Tak tau pun masa tu dah ada tanda2 Arthritis ni.

Seksa juga tengok dia kesakitan.  Tapi ikhtiar juga untuk sembuh memandangkan appointment dengan Rheumatologyst kat Hospital Sultan Ismail lama lagi, 1 Jun 2014.   Sekarang dah masuk botol ke 2 makan TF, nampak ada perubahan sikit.  Cuma dia belum berselera nak makan sangat.

Sekarang masih terhencot2 berjalan, lutut kanan masih sakit.   Mungkin lepas habis 3 botol akan ada perubahan besar memandangkan penyakitnya dah serius masa baru dapat tahu.

Suri harap sangat dia cepat sembuh dan boleh pulih sepenuhnya sebab kesian dia masih terlalu muda, baru 14 tahun.  Segala aktiviti dan pergerakan dia terbatas.  Nak belajar pun tak boleh fokus sebab matanya juga jadi sakit bila membaca atau kadang2 kabur tanpa sebab.

Doakanlah anak Suri, Sarah Ardini semoga cepat sembuh.  Rindu nak tengok dia aktif semula dan boleh bersukan macam dulu. dan boleh wakil sekolah lagi dalam sukan yang dia minat.







RHEUMATOID ARTHIRITIS ATAU SERONEGATIVE RA?


Assalamualaikum semua....


Punya la lama tak update blog.  Macam-macam hal berlaku sepanjang waktu tidak berblog ni.  Kadang-kadang ada idea nak menulis tapi datang tak kena waktu, time memasak la, tengah sibuk dengan kerja2 lain la.. lepas tu hilang camtu je atau bila penat tak jadi pulak nak update.

Nampak tak tajuk kat atas tu? Apa kaitan dengan entry kali ni pulak eh?  

Ok.  Ni nak cerita sikit.   Akhir bulan April hari tu anak Suri yang sulung tu, si kakak mengadu selalu sakit lutut, jari2 sakit.   Dia nak buat homework yang menimbun2 tu tak larat katanya.  Ingatkan dia cuma penat sangat, maklumlah waktu dia di sekolah terlalu lama.  Van sekolah datang jemput pukul 11.00 pagi. Waktu masuk sekolah lama lagi, pukul 12.30 tghari.  Disebabkan  naik van dan terpaksa ikut jadual trip van kena la pergi awal.   Balik pun tiap-tiap hari lambat.  Pukul 7.30-7.40 baru sampai rumah.  Lepas mandi, solat dan makan kena sambung buat homework lagi.   Homework kalau sekadar latihan tak pe juga.   Ini kena salin bulat2 dari buku teks sampai 5-8 muka surat, kadang2 lebih.  Bukan untuk satu subjek je, ada subjek2 lain lagi nak kena buat.  Mana la tak penat?? Bersambung2 dari pagi hingga ke malam.  Langsung tak ada masa nak rehat!

Satu hari dia balik sekolah dalam keadaan tak bermaya langsung dan mengadu sakit seluruh sendi tulang.  Suruh dia mandi dan solat dulu.  Lepas je mandi, dia terus rebah.  Kelam kabut Suri dan daddy dia dibuatnya..  Tengok suhu badan terlampau tinggi.  Nak dibawa ke klinik dia pulak langsung tak boleh bangun.   Tiap kali dia nak gerakkan tangan atau kaki terasa kaku.  Risau juga kot kena denggi ke apa sebab simptom macam denggi je.   Daddy dia terus keluar beli air 100plus.   Suruh dia minum banyak2 dan lepas 10 minit bagi makan ubat untuk redakan panas badan.     Dalam 40 minit dia boleh bangun dan rasa nak buang air kecil.  Daddynya papah dia ke bilik air.   Tak lama lepas tu suhu badan dia turun.  Lega.  Suruh dia makan dan rehat.  Tak payah fikir nak buat kerja sekolah.   Malam tu tidur dengan dia.  Kejap2 Suri bangun tengok kot2 suhu dia naik mendadak.  

Esok pagi dia dah sihat semula dan nak kesekolah juga.  Dilarang pun dia nak pergi juga, katanya tak nak tertinggal belajar.  Ya lah, bawak la ubat.
Lusa daddy dia belikan sandal baru, suruh dia try pakai.  Daddy dia terkejut kenapa kaki dia nampak lain bila berdiri.. macam termasuk kedalam kedua2 belah kaki dia.   Tanya si kakak kenapa kaki dia macam tu, dia kata entah, tapi selalu sakit, lutut dia pun selalu sakit, jari2 selalu rasa kejang, menggigil bila nak menulis, kadang2 sakit bila nak pegang pen.  Apa lagi, terus bawa pergi klinik sebab tengok jari2 tangan dia nampak bengkok2 dan mengecil sikit.  Bila berbincang dengan doktor dan lama juga doktor check dan tanya macam2 dan kemungkinan kena Arthiritis.   Doktor minta ambil darah untuk ujian.

Lepas 3 hari, doktor call untuk ambil result ujian darah hari tu.   Sah ada arthritis tapi tak confirm samada Rheumatoid Arthritis atau Seronegative RA.   Macam nak tercabut jantung bila doktor cakap mcm tu.   Surat untuk refer ke hospital segera disiapkan.   Patutla sebelum ni dia selalu tak ada mood sebab sakit2.  Ingatkan dia sakit2 badan biasa je.  Selalu bawa dia pergi berurut.  


Nak tahu apa itu Rheumatoid Arthritis atau Seronegative RA tengok kat bawah ni.




LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11-12-13
THBEST MALAYSIVIRTUAL HOMEOPATH 
Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991
"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI
Mengenali Rheumatoid Arthritis Dan Saranan (29/10/13)

 Pada hari program kuliah CPD MPHM pada 27 Oktober 2013 di hari minggu yang lalu, lebih kurang 30 peserta pengamal telah hadir mendengar kuliah daripada sdr Dr. Avinash Shukla, pensyarah jemputan dari CUCMS, Cyberjaya.
  Topik pilihan pada kali ini iaitu "Homoeopathic Management of Rheumatoid Arthritis" sangat menarik. Para peserta diperkenalkan dengan agak panjang tentang isu penyakit rheumatoid arthritis.
  Penyakit ini mungkin menyerang ramai mangsa yang sudah berumur. Malah seorang daripada pengamal senior yang hadir turut menunjukkan simptom fizikal yang dialaminya.
  Penyakit artritis reumatoid (RA) ini dirujuk sebagai penyakit autoimmune, di mana serangan sakit berlaku ke atas tisu sendi normal, yang menyebabkan keradangan kepada lapisan sendi.
  Keradangan lapisan sendi yang disebut synovium boleh menyebabkan kesakitan, kekejangan (kekakuan), pembengkakan, kepanasan dan kemerahan. Sendi yang menerima kesan itu boleh hilang bentuk, yang mana kesannya ialah seseorang itu tidak boleh melakukan pergerakan yang biasa.
  RA dikatakan penyakit kronik yang berterusan menyerang dengan rasa sakit dan inflamasi yang aktif sepanjang masa, disebut sebagai "flares", dan ia diselangi oleh keredaan pada masa-masa tertentu.
  Penyakit yang menyerang 0.8 peratus penduduk dunia ini dikatakan menyerang kaum wanita tiga kali ganda lebih daripada lelaki. Mereka yang selalu mendapat penyakit ini berumur sekitar 35-50 tahun dan mempunyai pengaruh genetik.
  Mengikut klasifikasi kriteria bagi RA, seseorang penghidap itu harus menunjukkan empat daripada tujuh simptom berikut:
 1. Kekejangan di waktu pagi yang lamanya sampai sejam atau lebih.
 2. Pembengkakan terjadi di dalam sekurang-kurangnya tiga sendi.
 3. Bengkak pada sendi tangan.
 4. Pembengkakan sendi simetri.
 5. Ada hakisan ditunjukkan oleh X-ray kawasan tangan
 6. Nodul reumatoid
 7. Terdapat faktor serum reumatoid yang tinggi.
  Dan simptom yang disebutkan itu harus wujud selama tidak kurang daripada enam minggu.
  Itu merupakan antara petanda bagi pesakit boleh diklasifikasikan sebagai menghidap artritis reumatoid. Tetapi yang lebih penting daripada itu ialah apakah pesakit boleh sembuh menerusi rawatan konvensional?
  Setakat ini, rawatan konvensional sendiri mengakui bahawa tidak ada kaedah terbaik bagi menyembuhkan RA. Ubat-ubatan yang dipreskripsi adalah sekadar bagi mengurangkan inflamasi ataupun simptom-simptom RA, di samping tidak dapat menghindarkan daripada kesan sampingan ubat.
  Menurut pandangan mereka sendiri, rawatan RA harus turut mendapat bantuan dari segi pendidikan pesakit, rehat dan senaman, perlindungan sendi, dan ada masanya surgeri mungkin terpaksa dibuat.
  Di dalam homeopati, beberapa penawar seperti Actaea spicata, Arnica, Bryonia, Calcarea carb, Calcarea fluor, Causticum, Pulsatilla, Rhus tox dan beberapa lagi dikatakan sesuai diberikan bagi pesakit-pesakit yang menunjukkan simptom yang serupa dengan penawar.
  Namun seperti dinyatakan oleh Dr. Avinash, homeopati juga memerlukan bantuan tambahan bagi membantu pemulihan, iaitu dengan kerjasama rawatan fisioterapi dan masaj.
  Seperti penyakit artritis juga, RA memerlukan sedikit pantang terhadap makanan tertentu di mana hal itu bergantung kepada sensitiviti pesakit terhadap makanan yang diambil.
     WaLlahu a'lam.
     Salam mesra daripada kami di meja HBI.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

untuk Seronegative RA baca sini 



Sambung nex entry.....