AIDIL FITRI 2014

Assalamualaikum

Hari ni dah 16 Syawal..cepat sungguh masa berlalu.  Walaupun masih dalam bulan Syawal, tak terasa pun masih raya.  Kemeriahan Syawal macam tak ada dah sekarang ni.  Mungkin sebab keadaan kita yang masih bersedih dengan peristiwa MH370 DAN MH17 serta saudara2 islam kita yang sedang dizalimi di Gaza.

Bagi Suri sendiri pun sambutan raya tahun ini sama je dengan tahun2 sudah, sederhana sudah memadai.  Kuih raya tak ada yang beli, semua Suri buat sendiri dan yang senang2 serta tak banyak bahan.  Dapat berjimat disitu.   Lagipun Suri ni sejak dulu suka buat sendiri je.   Kalau dulu agak rajin juga buat kuih2 raya yang agak cerewet pembuatannya dan macam2 coklat berperisa, tapi sekarang agak kurang dah, lagipun tak sempat sangat nak buat sebab tak berapa sihat.

Nak berkemas rumah lagi, kena buat sorang2 sebab suami kerja,anak2 pulak sekolah, yang ada ni pun si baby yang kecoh ni., ada la teman.
Penat kemas rumah sendiri belum hilang, balik kampumg tak sempat nak duduk rehat dah tefus ke dapur nak start masak.  Suri ni kalau dah siap masak mesti nak basuh dapur terus dan berkemas.  Tak suka bersepah2. Penat memang penat sampai demam pagi raya tu.  Gagahkan juga bangun dan beraya.











Salam Aidil Fitri dari Suri..




MENJELANG HARI RAYA .. BALIK KAMPUNG??


Assalamualaikum..

Hari ni Sabtu 26 Julai 2014.   Isnin 28 Julai dah raya.  Suri dah lama tak update blog.  Bulan puasa ni banyak betul kerja.  Awal Ramadhan Suri tak sihat, kena sakit mata berjangkit dari anak yang juga berjangkit dari kawannya di sekolah.   Anak Suri si Baby pun demam dan muntah2, seminggu lebih dia tak sihat dan Suri pun kena gastrik teruk.  Dugaan betul sepanjang minggu pertama puasa.   Lepas tu dengan appointment dengan doktor di Hospital untuk rawatan susulan si kakak, anak yang sulung seminggu sekali selama 2 minggu berturut2.  Penat!  Kemudian bawak anak2 pergi shopping baju raya, beli awal2 masa time tak sesak tak ramai orang.  Suri tak suka pergi last minute sebab mesti sesak dengan orang ramai dan jalan jammed dengan nak cari parking kereta pun susah.

Time puasa ni jugakla suami Suri sibuk nak tukar langsir.  Langsir yang ada dah 2 tahun guna.  Kena la Suri menjahit.  Mana la nak ada masa nak update blog.  Mana nak masak untuk berbuka, untuk sahur.   Penatnya tak terkata.  Siap jahit langsir buat kuih raya pulak lepas tu sibuk mengemas lagi.  Suami dan anak2 tak berapa suka kuih2 yang dibeli, nak yang Suri buat juga jadi kena la ikutkan selera diorang ni.  Ye la kan sementara kita sihat dan masih ada ni tak apa la penat sikit.

Hmmm... tapi bila semakin hampir nak raya, Suri dan suami dah mula cuak!  Kenapa pulak cuak?  Ye la, orang lain tak sabar2 nak balik kampung beraya dan orang tua di kampung pun tak sabar2 tunggu anak cucu balik tapi kami pulak lain ceritanya.  Ada tragedi yang sangat memilukan kami anak beranak sewaktu balik beraya tahun lepas yang membuatkan kami terasa berat hati nak balik.  Kepulangan kami tak di alu-alukan dan anak2 Suri tak nak balik tahun ni.  Si kakak siap kata kalau lauk pauk macam rendang tu semua bukan mummy yang masak dia tak nak makan.  Adik Suri pujuk suruh balik juga dan abang dan kakak ipar pun ada juga bercerita pasal kejadian yang menimpa kami.  Kami adik beradik tak kisah tapi berlaku ketegangan dengan emak.  Masing-masing pening dengan sikap emak.  Tak perlu Suri bercerita apa yang berlaku waktu raya tahun lepas.... ianya sangat2 menyakitkan!!!!    

Berbelah bagi, nak balik ke tidak??  Ada drama apa pula kali ini??  Ini bukan kali pertama kami kena... dah banyak kali dan banyak tuduhan dan fitnah!!  

Mujur suami Suri sangat penyabar....dia ajak balik juga dan anggap tak de apa yang berlaku...walaupun dia sendiri terluka dan sedih.   Haissssshh.. tengoklah nanti macam mana....   kesian anak2, tak pasal2 diaorang pun jadi mangsa...


DOA BUAT FELIXIA YEAP


Assalamualaikum  ...


Selamat berpuasa kepada semua umat islam .. semoga Ramadhan kali ini memberi kita kebahagiaan berganda..

Suri tak nak tulis banyak-banyak hari ni.  Bukan sebab malas atau tak ada idea tapi biar sedikit tapi penuh makna.   Umum dah tahu yang bekas model Felixia Yeap akan memeluk agama Islam dan mengucap syahadah dalam waktu terdekat ini.  Suri tengok ramai yang masih mengungkit dan mengutuk sejarah silam dia.  Rasa kurang senang dengan golongan yang sebegini.  Ingatlah..Allah swt telah memberi hidayah buat dia dan seharusnya kita malu dengan diri sendiri dengan penampilan baru dia yang lebih sopan dan menutup aurat.



Manis je Suri tengok Felixia Yeap berhijab penuh.  Suri doakan yang baik-baik buat Felixia agar dipermudahkan urusannya untuk menjadi seorang muslimah.  Agar dia terus tetap dengan agama Islam hingga akhir hayat.  Juga semoga ibu dan adiknya juga diberi hidayah sepertimana Felixia... atau R Rania.

Kepada yang mencemuh, hentikanlah... Allah swt melihat kita, Malaikat mencatat segala perbuatan baik dan buruk kita.. jadi sentiasalah takut kepada Allah swt.

Untuk Felixia @ R Rania.... tabah dan sabar dengan apa jua ujian yang mendatang dan jangan berhenti untuk mendalami Islam.  


KATAKAN YANG BAIK-BAIK, DOA YANG BAIK-BAIK..




                                         

Assalamualaikum..

Isu anak istimewa, adik Muhammad Firdaus Dullah yang berusia 15 tahun yang dijumpai terbiar masih lagi hangat diperkatakan di laman-laman media.   Macam-macam rasa ada dalam hati dan kepala Suri bila melihat Berita menayangkan penemuan anak istimewa ini.   Airmata deras mengalir.   Kenapa? Macam mana boleh jadi sampai begitu?  Maknya mana?  Ya Allah..tengoklah keadaannya yang kurus kering, tak terurus dengan bergelumang najis seluruh badan, tanpa seluar hanya baju reput yang masih melekat di badan.  Tidur atas lantai tanpa lapik dan kotor.  Bekas-bekas polisterin hancur bersepah! 

Marah??  Memang marah.  Siapa yang tak marah bila lihat keadaan anak yang dibiarkan sampai kering macam tu??  Tinggal kulit yang menyaluti tulang dah macam mayat hidup.  Tatkala ditemui, keadaan adik Firdaus dilihat kebingungan mungkin dah terlalu lama dikurung dan tidak berjumpa orang.   Kesian tengok dia mengesot keluar dari penjara hidup dia. 
Maknya??  Puan Lola yang kini ditahan reman untuk sesi soal siasat.  Kenyataan pertama yang  keluar dai mulutnya iala..”Orang tak tahu keperitan hidup saya” “Tak tahu susah saya”.

Jiran-jiran terkejut, orang ramai lagi la terkejut.  Mula lah keluar pelbagai kenyataan di akhbar, media sosial tentang hidup dua beranak ini.   Puan Lola isteri kedua rupanya dan ada seorang anak dengan suami keduanya hasil pernikahan rahsia.   Suami jarang pulang kerana isteri pertama tak tahu tentang perkahwinan mereka.   Lepas tu FB nya di selongkar dan digodam.  Majikan pula membocorkan maklumat gajinya.   Suami pertamanya, bapa kepada adik Firdaus sudah meninggal pada 2012 hasil semakan pihak berwajib.

Orang ramai mempertikaikan kenyataan Puan Lola yang dikatanya susah tapi mampu melanggan internet dan berFB serta penampilannya yang dilihat bergaya, bersolek serta memiliki kereta.   Suri baca segala caci maki dan gelaran segala macam binatang, kata2 lucah dan tak kurang juga nak lempang, nak ludah mukanya nak bagi seliang dua sampai sebak juga bila tengok ayat2 yang dihamburkan.   Astagfirullahalazim….

Suri akui semua orang sangat2 marah, geram terhadap ibu yang melahirkan adik Firdaus ini.  Suri pun marah juga tapi takkanlah sampai memaki, mencarut, lepas tu tuduh pula orang yang mengenali dan membela Puan Lola ni dibayar!!  Dah boleh jatuh hukum memfitnah ni!
Janganlan macam tu.  Suri tak menyebelahi Puan Lola.  Tapi boleh tak kita fikir apa yang mendorong dia buat macam tu pada anak dia?? Sebelum ini adik Firdaus ni dijaga dengan baik, bersih dan gambar yang diambil dari FB ibunya nampak sagat comel dan senyumannya manis tandai dia disayangi oleh ibunya.

Faktor apa yang me, menyebabkan Puan Lola mula mengabaikan anaknya??  Apa masalah dia sebenarnya??  Tekanan?? Mungkin juga, ada suami umpama tak ada, mungkin dia mula rasa penat, bosan menguruskan segala seorang diri dan tidak dapat dinafikan mungkin dia juga ingin kebebasan, hiburan dan persekitaran tempat kerja yang melihat rakan2 bergaya, di FB pula ramai yang menyangkan gambar2 percutian bersama keluarga dan dia rasa kekosongan bila pulang kerumah.  Yang dia nampak adalah bebanan!!  Mula rasa malu, penat menguruskan anak, penat memikirkan masaalah rumahtangga.  Dia juga ingin bersosial.   Inilah padahnya bila suami yang dikahwini tidak bertanggungjawab membimbing isterinya mendalami agama.  Hasutan dan bisikan syaitan tak dapat ditepis.  Sekarang dia berdepan tindakan undang-undang.  Di akhirat juga takkan terlepas.  Dia tewas dengan hasutan syaitan.  Simpati juga padanya yang tersasar dari landasan hidup.   Moga dia diberi hidayah dan menginsafi perbuatannya mengabaikan anak syurga ini.   Allah Maha Pengampun. 

Bagi mereka yang handal menaip menghamburkan pelbagai hinaan, anda juga tewas dengan syaitan kan?? Tanpa anda sedari laju sahaja menaip dalam keadaan marah dan keluar la pelbagai gelaran, kata-kata yang amat kesat..  AllahhuRabbi..  Tahukah anda kena minta maaf dengan Puan Lola selagi hayat anda ada atau sebelum Puan Lola juga masih hidup??  Dia tak bersalah pada kita semua tapi dia bersalah besar pada Allah dan anaknya yang diamanahkan oleh Allah swt.     Kita tak mampu nak pergi menegur dan menasihati perbuatannya tapi tak bolehkan kita doakan agar hatinya yang “sakit” dapat dipulihkan dengan airmata taubat??  Jangan kita lupa orang yang diuji begini hebat apabila Allah memberi hidayah dan dia bertaubat dan kembali kejalan Allah, akan diberi rahmat keatasnya malah disayangi Alllah.  

Tapi kita macam mana pula??  Mudahnya kita “MENJEMPUT DOSA” hanya dengan ber FB dan bertebaran berkait berangkai pula “DOSA” kita bila ada kenalan yang turut komen dan menambah2 lagi cercaan sesedap rasa sesukanya.  

Menghina orang juga satu dosa!.. Tak jumpa kat dunia mana kita nak cari orang yang dihina ni kat akhirat nanti?  Nak menjemput rezeki kena usaha, nak menambah pahala payah juga bergantung pada amalan dan niat kita  tapi nak Menambah Dosa mudahnya sekelip mata sahaja.  Bila ada seorang dua rakan yang menegur agar dihentikan cacian terus Blok atau Unfriend!   Tak mahu berkawan terus!   Kawan yang baik adalah kawan yang berani menegur kesilapan kita dan tak mahu kita buat silap.   Kawan yang tak baik kawan yang menyokong malah melagakan lagi serta menambah2 pula.  

Suri tak ada niat langsung nak membuat anda semua terasa.  Tapi kena juga buat sesuatu.  Suri memang marah dan perasaan marah itu normal tapi Suri tak tahu aturan Allah swt.   Suri harap Puan Lola mendapat pengajaran, hukuman setimpal serta sedar akan kesalahan yang dilakukannya walau apa pun alasannya.  Pual Lola “Sakit” dan perlu dirawat.  Hanya dengan sokongan, bimbingan agama mampu merawat dan agar dia mengasihi anaknya Firdaus dan dapat memberi belaian , pelukan kasih sayang padanya.   Suri juga yakin Firdaus mahukan pelukan kasih sayang ibunya itu.  Dekat-dekatkanlah dua beranak ini..

Ini dugaan dan ujian buat Puan Lola, berdoalah agar kita tidak diuji sebegitu rupa.. Kita yang ada anak yang sempurna akal sihat fizikal pun tak terjaga dari segi sikap dan tingkah laku.. Tak percaya tengoklah sendiri FB anak masing2!  Masih bersekolah tapi macam2 status yang keluar.  Terang-terang statement macam pasangan suami isteri, yang bahasanya kesat pun ada.  Nah berlambak video lucah anak-anak sempurna akal sihat fizikal ni tak kurang hebat video bergaduh bergusti membuli membelasah tak kira lelaki perempuan!.  


Suri mohon maaf entri kali ini panjang lebar dan harapan Suri jangan lah laju menaip tapi yang keluar perkataan yang menambah koleksi dosa dan menebalkan buku dosa-dosa kita!