MENJELANG HARI RAYA .. BALIK KAMPUNG??


Assalamualaikum..

Hari ni Sabtu 26 Julai 2014.   Isnin 28 Julai dah raya.  Suri dah lama tak update blog.  Bulan puasa ni banyak betul kerja.  Awal Ramadhan Suri tak sihat, kena sakit mata berjangkit dari anak yang juga berjangkit dari kawannya di sekolah.   Anak Suri si Baby pun demam dan muntah2, seminggu lebih dia tak sihat dan Suri pun kena gastrik teruk.  Dugaan betul sepanjang minggu pertama puasa.   Lepas tu dengan appointment dengan doktor di Hospital untuk rawatan susulan si kakak, anak yang sulung seminggu sekali selama 2 minggu berturut2.  Penat!  Kemudian bawak anak2 pergi shopping baju raya, beli awal2 masa time tak sesak tak ramai orang.  Suri tak suka pergi last minute sebab mesti sesak dengan orang ramai dan jalan jammed dengan nak cari parking kereta pun susah.

Time puasa ni jugakla suami Suri sibuk nak tukar langsir.  Langsir yang ada dah 2 tahun guna.  Kena la Suri menjahit.  Mana la nak ada masa nak update blog.  Mana nak masak untuk berbuka, untuk sahur.   Penatnya tak terkata.  Siap jahit langsir buat kuih raya pulak lepas tu sibuk mengemas lagi.  Suami dan anak2 tak berapa suka kuih2 yang dibeli, nak yang Suri buat juga jadi kena la ikutkan selera diorang ni.  Ye la kan sementara kita sihat dan masih ada ni tak apa la penat sikit.

Hmmm... tapi bila semakin hampir nak raya, Suri dan suami dah mula cuak!  Kenapa pulak cuak?  Ye la, orang lain tak sabar2 nak balik kampung beraya dan orang tua di kampung pun tak sabar2 tunggu anak cucu balik tapi kami pulak lain ceritanya.  Ada tragedi yang sangat memilukan kami anak beranak sewaktu balik beraya tahun lepas yang membuatkan kami terasa berat hati nak balik.  Kepulangan kami tak di alu-alukan dan anak2 Suri tak nak balik tahun ni.  Si kakak siap kata kalau lauk pauk macam rendang tu semua bukan mummy yang masak dia tak nak makan.  Adik Suri pujuk suruh balik juga dan abang dan kakak ipar pun ada juga bercerita pasal kejadian yang menimpa kami.  Kami adik beradik tak kisah tapi berlaku ketegangan dengan emak.  Masing-masing pening dengan sikap emak.  Tak perlu Suri bercerita apa yang berlaku waktu raya tahun lepas.... ianya sangat2 menyakitkan!!!!    

Berbelah bagi, nak balik ke tidak??  Ada drama apa pula kali ini??  Ini bukan kali pertama kami kena... dah banyak kali dan banyak tuduhan dan fitnah!!  

Mujur suami Suri sangat penyabar....dia ajak balik juga dan anggap tak de apa yang berlaku...walaupun dia sendiri terluka dan sedih.   Haissssshh.. tengoklah nanti macam mana....   kesian anak2, tak pasal2 diaorang pun jadi mangsa...


DOA BUAT FELIXIA YEAP


Assalamualaikum  ...


Selamat berpuasa kepada semua umat islam .. semoga Ramadhan kali ini memberi kita kebahagiaan berganda..

Suri tak nak tulis banyak-banyak hari ni.  Bukan sebab malas atau tak ada idea tapi biar sedikit tapi penuh makna.   Umum dah tahu yang bekas model Felixia Yeap akan memeluk agama Islam dan mengucap syahadah dalam waktu terdekat ini.  Suri tengok ramai yang masih mengungkit dan mengutuk sejarah silam dia.  Rasa kurang senang dengan golongan yang sebegini.  Ingatlah..Allah swt telah memberi hidayah buat dia dan seharusnya kita malu dengan diri sendiri dengan penampilan baru dia yang lebih sopan dan menutup aurat.



Manis je Suri tengok Felixia Yeap berhijab penuh.  Suri doakan yang baik-baik buat Felixia agar dipermudahkan urusannya untuk menjadi seorang muslimah.  Agar dia terus tetap dengan agama Islam hingga akhir hayat.  Juga semoga ibu dan adiknya juga diberi hidayah sepertimana Felixia... atau R Rania.

Kepada yang mencemuh, hentikanlah... Allah swt melihat kita, Malaikat mencatat segala perbuatan baik dan buruk kita.. jadi sentiasalah takut kepada Allah swt.

Untuk Felixia @ R Rania.... tabah dan sabar dengan apa jua ujian yang mendatang dan jangan berhenti untuk mendalami Islam.