VERTIGO YANG MENYIKSAKAN


Entry kali ni aku nak cerita pasal kesihatan.   Ramai yang tak tahu apa itu vertigo.   Aku salah seorang yang kena vertigo ni.  memang siksa.  Kalau nak tahu lebih lanjut pasal vertigo ni boleh klik sini.     Dah berbulan aku kena.  Mula-mula kena memang teruk sampai tak boleh bangun, tak boleh berdiri.  Nak kena baring dengan satu position je.  Kalau bangun je muntah dengan tiba-tiba so memang kena standby besen je kat sebelah.   Tak larat betul.  Kalau berjalan pun rasa macam atas bot je. 

Sekarang aku kena sentiasa ambil ubat (Stugeron).  Kadang-kadang tu skip juga sebab malas nak makan ubat je.  Sampai sekarang masih belum pulih sepenuhnya dan memang mengganggu kerja seharian aku termasuk masa tidur!! Bayangkan bila nak tidur tu kadang-kadang kita tukar arah atau position tidur mesti rasa berpusing2 dan mual.  Bila terganggu tu memang tak pernah cukup tidur dan selalu rasa pening dan letih.

Walaupun aku tak berapa nak sihat dan cergas macam dulu, aku terima ujian ni dengan redha.


BEST KE JADI SURI RUMAH??

from google

Ha ha ha.... lain macam je tajuk entry kat atas tu.   Actually, sebelum ni aku kerja dan memang aku betul-betul fokus kat kerja aku.  Kadang-kadang tak ada masa aku nak fikir soal kahwin dan tak pernah terfikir pun aku akan jadi surirumah sepenuh masa.   Sebab tu la aku kahwin lambat, umur 29 baru la aku kahwin.   

Sebenarnya jadi surirumah ni kerjaya juga dan kerja rumah memang tak pernah akan habis!  Pagi-pagi dah bangun.  Anak-anak aku Sarah dan Adib sekolah sebelah petang jadi pagi memang waktu paling sibuklah.  Nak siapkan breakfast, sidai kain, kemas, masak untuk budak-budak ni nak ke sekolah lagi.    Ingat tak stress ke?? Maunya tak stress kalau dah lepas solat subuh tu diorang sambung tidur balik.   Memang mengaum sakan la aku dah macam singa lapar!!  Apa taknya, kita sibuk buat kerja all in one diorang bantai tidur pulak.  At least tolongla kemas bilik masing2, tolong pergi buang sampah, tolong kemas rumah sikit-sikit.   Van sekolah diorang ni datang ambil pukul 11.00am, so by 10.45 aku kena pastikan diaorang ni dah siap makan, mandi, dah siap dengan uniform sekolah dan tunggu kat kat luar.   Bila van sampai terus je naik.  Tak ada la akak van sekolah tu nak kena tunggu anak-anak aku ni bersiap.

Bayangkan macam mana aku bersilat hari2 kat rumah waktu pagi.  Mula-mula sekali aku mesti siapkan sidai kain dulu.    Bila diorang dah pergi sekolah tu ingat dah boleh relax ke?? Issy.. belum lagi.   Ni ha ada seorang lagi yang nak kena settlekan.   Anak yang bongsu ni baru je nak masuk 3 tahun umur dia.   Susah nak ajak mandi.  Dengan mulut dia yang becok tu, ada je lah jawab dia kalau diajak mandi. Nak tengok tv dulu la, nak minum la, tapi bila dah masuk dalam bilik air tu payah pula nak suruh keluar.   Best je dia main air.  Adoiiii... dah separuh semput dah ni.   Lepas bagi dia makan aku sambung gosok baju2 yang dah dibasuh, dijemur tadi pulak.  Non stop okey!..  Lepas tu baru la dapat duduk kejap sambil layan si bongsu yang kami panggil Baby.   Itu pun letih jugak kalau dia tak tau nak duduk diam.   Kadang-kadang aku lunch lewat.  Bila dah penat selera nak makan tu tak ada, so bila betul-betul lapar baru la aku makan.

Biasanya lepas zuhur baru aku relax.  Petang sikit sambung lipat kain, layan si Baby main kat luar.   Anak-anak balik sekolah time maghrib nanti baru sampai rumah.  Lepas tu riuh la rumah aku mana nak suruh cepat-cepat pergi mandi, solat, makan dan siapkan homework.  Daddy diorang jarang balik kerja awal.   

Kalau hari yang anak-anak tak sekolah lagi riuh.. Kena suruh baru la diorang nak buat kerja.  Bila time main kat luar dengan kawan-kawan dia kita dah set time, pukul 6:30 atau paling lewat pukul 6:45 mesti balik mandi.   Tapiiiiiiiiii..  diorang main langgar jee... ingat aku ni time keeper diorang ke nak kena jaga masa ??  

Tu bila main, bila suruh belajar pulak time tula sakit kepala la, sakit kaki la, sakit perut la, mengantuk la...  Mula la aku membebel.   

Masa aku masih bekerja dulu pun sibuk juga.. lagi sibuk sambil nak urus anak aku yang masih kecik 2 orang masa tu.   Lepas aku bersalin anak no 2 terus aku tak sihat dan suami aku tak bagi kerja dah.   Kenapa???   Haaa tunggu next entry .   Best ke jadi surirumah?? Best la jugak, walau penat tapi berbaloi la dapat tengok anak membesar depan mata..  Bangga tau dapat urus rumahtangga ni tapi nasib baik suami aku pun rajin tolong buat kerja rumah.  Tak ada la terbeban sangat.  Yang penting kena pandai atur masa..




LETIH SUNGGUH..

Lepak betul harini.   Lain macam je rasa badan.   Macam bulan puasa pulak.  Dah hampir 2 bulan rasanya tak hujan kat Pasir Gudang ni.   Selera makan pun dah tak ada.  Nak minum air sejuk je.  Kadang-kadang mencari jugalah ABC dek kerana kepanasan.   Bila sidai kain baju kejap je dah kering.   Kipas ni dah sentiasa 24 jam on je.  Kalau keluar pergi mana-mana baru le kipas tu dapat berehat kejap.  Kalau la kipas tu boleh bercakap mau disergahnya kitaorang satu rumah ni.

Nak buat kerja-kerja rumah pun macam dah tak larat je.  Anak-anak ke sekolah pun bising kepanasan.  Ni pulak cikgu bagi surat kebenaran untuk latihan sukan.  Lagilah dia orang merungut.  "Letihla mummy".   Diorang sekolah sesi petang, form 1 & form 2 so latihannya pagi pukul 7:30am dah start sampaila pukul 10:00.  lepas tu terus stay kat sekolah sampai petang pukul 6:40pm baru balik.   Diorang naik van sekolah so sampai rumah paling lewat pukul 7:40pm.  Kelam-kabut nak mandi, solat maghrib lagi, makan malam, buat homework.   Lepak woooo.   mana ada masa nak rehat???

Kesian tengok budak-budak ni.... sabarlah ye.
BLOG BARU??


Assalamualaikum...


Tajuk di atas tu aku tujukan kat diri aku sendiri la..  lama dulu aku memang dah ada blog tapi lama sangat tak dikemaskini.   Macam-macam yang berlaku sepanjang aku senyap dari blogging ni.   Dek kerana kebosanan dan pujukan dari suami yang mahukan aku aktif menulis dan buat blog baru maka ini la hasilnya.    Mula-mula tu rasa berat juga nak buat blog ni dan banyak kali tertangguh.  Tiap hari lepas balik kerja suami akan tanya soalan yang sama, "Dah siap buat blog?  Dah mula menulis? "  Adoiiii... kena buat jugaklah ni sebabnya dia nak baca hari-hari...

Apa agaknya yang nak ditulis?  Kata suami, tulislah apa sahaja yang aku rasa nak tulis berdasarkan apa yang berlaku dalam hidup aku seharian atau apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran.   Dengan cara ini mungkin akan hilangkan tekanan yang aku hadapi selama ini.  Hah, kalau nak tau apa dia, tunggu next entry aku lah ya.   Sekarang aku kena start pelan-pelan beb.