AIDIL FITRI 2014

Assalamualaikum

Hari ni dah 16 Syawal..cepat sungguh masa berlalu.  Walaupun masih dalam bulan Syawal, tak terasa pun masih raya.  Kemeriahan Syawal macam tak ada dah sekarang ni.  Mungkin sebab keadaan kita yang masih bersedih dengan peristiwa MH370 DAN MH17 serta saudara2 islam kita yang sedang dizalimi di Gaza.

Bagi Suri sendiri pun sambutan raya tahun ini sama je dengan tahun2 sudah, sederhana sudah memadai.  Kuih raya tak ada yang beli, semua Suri buat sendiri dan yang senang2 serta tak banyak bahan.  Dapat berjimat disitu.   Lagipun Suri ni sejak dulu suka buat sendiri je.   Kalau dulu agak rajin juga buat kuih2 raya yang agak cerewet pembuatannya dan macam2 coklat berperisa, tapi sekarang agak kurang dah, lagipun tak sempat sangat nak buat sebab tak berapa sihat.

Nak berkemas rumah lagi, kena buat sorang2 sebab suami kerja,anak2 pulak sekolah, yang ada ni pun si baby yang kecoh ni., ada la teman.
Penat kemas rumah sendiri belum hilang, balik kampumg tak sempat nak duduk rehat dah tefus ke dapur nak start masak.  Suri ni kalau dah siap masak mesti nak basuh dapur terus dan berkemas.  Tak suka bersepah2. Penat memang penat sampai demam pagi raya tu.  Gagahkan juga bangun dan beraya.











Salam Aidil Fitri dari Suri..




MENJELANG HARI RAYA .. BALIK KAMPUNG??


Assalamualaikum..

Hari ni Sabtu 26 Julai 2014.   Isnin 28 Julai dah raya.  Suri dah lama tak update blog.  Bulan puasa ni banyak betul kerja.  Awal Ramadhan Suri tak sihat, kena sakit mata berjangkit dari anak yang juga berjangkit dari kawannya di sekolah.   Anak Suri si Baby pun demam dan muntah2, seminggu lebih dia tak sihat dan Suri pun kena gastrik teruk.  Dugaan betul sepanjang minggu pertama puasa.   Lepas tu dengan appointment dengan doktor di Hospital untuk rawatan susulan si kakak, anak yang sulung seminggu sekali selama 2 minggu berturut2.  Penat!  Kemudian bawak anak2 pergi shopping baju raya, beli awal2 masa time tak sesak tak ramai orang.  Suri tak suka pergi last minute sebab mesti sesak dengan orang ramai dan jalan jammed dengan nak cari parking kereta pun susah.

Time puasa ni jugakla suami Suri sibuk nak tukar langsir.  Langsir yang ada dah 2 tahun guna.  Kena la Suri menjahit.  Mana la nak ada masa nak update blog.  Mana nak masak untuk berbuka, untuk sahur.   Penatnya tak terkata.  Siap jahit langsir buat kuih raya pulak lepas tu sibuk mengemas lagi.  Suami dan anak2 tak berapa suka kuih2 yang dibeli, nak yang Suri buat juga jadi kena la ikutkan selera diorang ni.  Ye la kan sementara kita sihat dan masih ada ni tak apa la penat sikit.

Hmmm... tapi bila semakin hampir nak raya, Suri dan suami dah mula cuak!  Kenapa pulak cuak?  Ye la, orang lain tak sabar2 nak balik kampung beraya dan orang tua di kampung pun tak sabar2 tunggu anak cucu balik tapi kami pulak lain ceritanya.  Ada tragedi yang sangat memilukan kami anak beranak sewaktu balik beraya tahun lepas yang membuatkan kami terasa berat hati nak balik.  Kepulangan kami tak di alu-alukan dan anak2 Suri tak nak balik tahun ni.  Si kakak siap kata kalau lauk pauk macam rendang tu semua bukan mummy yang masak dia tak nak makan.  Adik Suri pujuk suruh balik juga dan abang dan kakak ipar pun ada juga bercerita pasal kejadian yang menimpa kami.  Kami adik beradik tak kisah tapi berlaku ketegangan dengan emak.  Masing-masing pening dengan sikap emak.  Tak perlu Suri bercerita apa yang berlaku waktu raya tahun lepas.... ianya sangat2 menyakitkan!!!!    

Berbelah bagi, nak balik ke tidak??  Ada drama apa pula kali ini??  Ini bukan kali pertama kami kena... dah banyak kali dan banyak tuduhan dan fitnah!!  

Mujur suami Suri sangat penyabar....dia ajak balik juga dan anggap tak de apa yang berlaku...walaupun dia sendiri terluka dan sedih.   Haissssshh.. tengoklah nanti macam mana....   kesian anak2, tak pasal2 diaorang pun jadi mangsa...


DOA BUAT FELIXIA YEAP


Assalamualaikum  ...


Selamat berpuasa kepada semua umat islam .. semoga Ramadhan kali ini memberi kita kebahagiaan berganda..

Suri tak nak tulis banyak-banyak hari ni.  Bukan sebab malas atau tak ada idea tapi biar sedikit tapi penuh makna.   Umum dah tahu yang bekas model Felixia Yeap akan memeluk agama Islam dan mengucap syahadah dalam waktu terdekat ini.  Suri tengok ramai yang masih mengungkit dan mengutuk sejarah silam dia.  Rasa kurang senang dengan golongan yang sebegini.  Ingatlah..Allah swt telah memberi hidayah buat dia dan seharusnya kita malu dengan diri sendiri dengan penampilan baru dia yang lebih sopan dan menutup aurat.



Manis je Suri tengok Felixia Yeap berhijab penuh.  Suri doakan yang baik-baik buat Felixia agar dipermudahkan urusannya untuk menjadi seorang muslimah.  Agar dia terus tetap dengan agama Islam hingga akhir hayat.  Juga semoga ibu dan adiknya juga diberi hidayah sepertimana Felixia... atau R Rania.

Kepada yang mencemuh, hentikanlah... Allah swt melihat kita, Malaikat mencatat segala perbuatan baik dan buruk kita.. jadi sentiasalah takut kepada Allah swt.

Untuk Felixia @ R Rania.... tabah dan sabar dengan apa jua ujian yang mendatang dan jangan berhenti untuk mendalami Islam.  


KATAKAN YANG BAIK-BAIK, DOA YANG BAIK-BAIK..




                                         

Assalamualaikum..

Isu anak istimewa, adik Muhammad Firdaus Dullah yang berusia 15 tahun yang dijumpai terbiar masih lagi hangat diperkatakan di laman-laman media.   Macam-macam rasa ada dalam hati dan kepala Suri bila melihat Berita menayangkan penemuan anak istimewa ini.   Airmata deras mengalir.   Kenapa? Macam mana boleh jadi sampai begitu?  Maknya mana?  Ya Allah..tengoklah keadaannya yang kurus kering, tak terurus dengan bergelumang najis seluruh badan, tanpa seluar hanya baju reput yang masih melekat di badan.  Tidur atas lantai tanpa lapik dan kotor.  Bekas-bekas polisterin hancur bersepah! 

Marah??  Memang marah.  Siapa yang tak marah bila lihat keadaan anak yang dibiarkan sampai kering macam tu??  Tinggal kulit yang menyaluti tulang dah macam mayat hidup.  Tatkala ditemui, keadaan adik Firdaus dilihat kebingungan mungkin dah terlalu lama dikurung dan tidak berjumpa orang.   Kesian tengok dia mengesot keluar dari penjara hidup dia. 
Maknya??  Puan Lola yang kini ditahan reman untuk sesi soal siasat.  Kenyataan pertama yang  keluar dai mulutnya iala..”Orang tak tahu keperitan hidup saya” “Tak tahu susah saya”.

Jiran-jiran terkejut, orang ramai lagi la terkejut.  Mula lah keluar pelbagai kenyataan di akhbar, media sosial tentang hidup dua beranak ini.   Puan Lola isteri kedua rupanya dan ada seorang anak dengan suami keduanya hasil pernikahan rahsia.   Suami jarang pulang kerana isteri pertama tak tahu tentang perkahwinan mereka.   Lepas tu FB nya di selongkar dan digodam.  Majikan pula membocorkan maklumat gajinya.   Suami pertamanya, bapa kepada adik Firdaus sudah meninggal pada 2012 hasil semakan pihak berwajib.

Orang ramai mempertikaikan kenyataan Puan Lola yang dikatanya susah tapi mampu melanggan internet dan berFB serta penampilannya yang dilihat bergaya, bersolek serta memiliki kereta.   Suri baca segala caci maki dan gelaran segala macam binatang, kata2 lucah dan tak kurang juga nak lempang, nak ludah mukanya nak bagi seliang dua sampai sebak juga bila tengok ayat2 yang dihamburkan.   Astagfirullahalazim….

Suri akui semua orang sangat2 marah, geram terhadap ibu yang melahirkan adik Firdaus ini.  Suri pun marah juga tapi takkanlah sampai memaki, mencarut, lepas tu tuduh pula orang yang mengenali dan membela Puan Lola ni dibayar!!  Dah boleh jatuh hukum memfitnah ni!
Janganlan macam tu.  Suri tak menyebelahi Puan Lola.  Tapi boleh tak kita fikir apa yang mendorong dia buat macam tu pada anak dia?? Sebelum ini adik Firdaus ni dijaga dengan baik, bersih dan gambar yang diambil dari FB ibunya nampak sagat comel dan senyumannya manis tandai dia disayangi oleh ibunya.

Faktor apa yang me, menyebabkan Puan Lola mula mengabaikan anaknya??  Apa masalah dia sebenarnya??  Tekanan?? Mungkin juga, ada suami umpama tak ada, mungkin dia mula rasa penat, bosan menguruskan segala seorang diri dan tidak dapat dinafikan mungkin dia juga ingin kebebasan, hiburan dan persekitaran tempat kerja yang melihat rakan2 bergaya, di FB pula ramai yang menyangkan gambar2 percutian bersama keluarga dan dia rasa kekosongan bila pulang kerumah.  Yang dia nampak adalah bebanan!!  Mula rasa malu, penat menguruskan anak, penat memikirkan masaalah rumahtangga.  Dia juga ingin bersosial.   Inilah padahnya bila suami yang dikahwini tidak bertanggungjawab membimbing isterinya mendalami agama.  Hasutan dan bisikan syaitan tak dapat ditepis.  Sekarang dia berdepan tindakan undang-undang.  Di akhirat juga takkan terlepas.  Dia tewas dengan hasutan syaitan.  Simpati juga padanya yang tersasar dari landasan hidup.   Moga dia diberi hidayah dan menginsafi perbuatannya mengabaikan anak syurga ini.   Allah Maha Pengampun. 

Bagi mereka yang handal menaip menghamburkan pelbagai hinaan, anda juga tewas dengan syaitan kan?? Tanpa anda sedari laju sahaja menaip dalam keadaan marah dan keluar la pelbagai gelaran, kata-kata yang amat kesat..  AllahhuRabbi..  Tahukah anda kena minta maaf dengan Puan Lola selagi hayat anda ada atau sebelum Puan Lola juga masih hidup??  Dia tak bersalah pada kita semua tapi dia bersalah besar pada Allah dan anaknya yang diamanahkan oleh Allah swt.     Kita tak mampu nak pergi menegur dan menasihati perbuatannya tapi tak bolehkan kita doakan agar hatinya yang “sakit” dapat dipulihkan dengan airmata taubat??  Jangan kita lupa orang yang diuji begini hebat apabila Allah memberi hidayah dan dia bertaubat dan kembali kejalan Allah, akan diberi rahmat keatasnya malah disayangi Alllah.  

Tapi kita macam mana pula??  Mudahnya kita “MENJEMPUT DOSA” hanya dengan ber FB dan bertebaran berkait berangkai pula “DOSA” kita bila ada kenalan yang turut komen dan menambah2 lagi cercaan sesedap rasa sesukanya.  

Menghina orang juga satu dosa!.. Tak jumpa kat dunia mana kita nak cari orang yang dihina ni kat akhirat nanti?  Nak menjemput rezeki kena usaha, nak menambah pahala payah juga bergantung pada amalan dan niat kita  tapi nak Menambah Dosa mudahnya sekelip mata sahaja.  Bila ada seorang dua rakan yang menegur agar dihentikan cacian terus Blok atau Unfriend!   Tak mahu berkawan terus!   Kawan yang baik adalah kawan yang berani menegur kesilapan kita dan tak mahu kita buat silap.   Kawan yang tak baik kawan yang menyokong malah melagakan lagi serta menambah2 pula.  

Suri tak ada niat langsung nak membuat anda semua terasa.  Tapi kena juga buat sesuatu.  Suri memang marah dan perasaan marah itu normal tapi Suri tak tahu aturan Allah swt.   Suri harap Puan Lola mendapat pengajaran, hukuman setimpal serta sedar akan kesalahan yang dilakukannya walau apa pun alasannya.  Pual Lola “Sakit” dan perlu dirawat.  Hanya dengan sokongan, bimbingan agama mampu merawat dan agar dia mengasihi anaknya Firdaus dan dapat memberi belaian , pelukan kasih sayang padanya.   Suri juga yakin Firdaus mahukan pelukan kasih sayang ibunya itu.  Dekat-dekatkanlah dua beranak ini..

Ini dugaan dan ujian buat Puan Lola, berdoalah agar kita tidak diuji sebegitu rupa.. Kita yang ada anak yang sempurna akal sihat fizikal pun tak terjaga dari segi sikap dan tingkah laku.. Tak percaya tengoklah sendiri FB anak masing2!  Masih bersekolah tapi macam2 status yang keluar.  Terang-terang statement macam pasangan suami isteri, yang bahasanya kesat pun ada.  Nah berlambak video lucah anak-anak sempurna akal sihat fizikal ni tak kurang hebat video bergaduh bergusti membuli membelasah tak kira lelaki perempuan!.  


Suri mohon maaf entri kali ini panjang lebar dan harapan Suri jangan lah laju menaip tapi yang keluar perkataan yang menambah koleksi dosa dan menebalkan buku dosa-dosa kita!



WAJAH BARU. PENAMPILAN BARU


Blog Suri dalam proses ubahsuai dan masih belum siap sepenuhnya.   Ada beberapa perkara lagi yang perlu dilakukan.   Suri masih lagi berbincang dengan seseorang yang mahir dalam membina blog.   Nanti bila siap sepenuhnya baru Suri akan perkenalkan kepada semua siapa orangnya, hehehehe.


google image




LENOVO IDEA PAD A3000 ATAU LENOVO YOGA TABLET?? MANA SATU EH?


Suri tengah survey tablet.  Jenama Lenovo menjadi pilihan.  Tapi masih tak tahu nak pilih yang mana.   Suri nak memudahkan kerja-kerja bisnes online.   Handphone yang ada sekarang tak boleh support untuk Whatsapp.   Mulanya plan nak tukar handphone baru.  Tapi suami cadangkan ambil tablet pula.  Senang katanya.   Bila dok belek-belek Lenovo IdeaPad A3000 masa pergi Giant Sabtu lepas, Suri rasa besar pulak kalau nak guna buat call.   Hmm nantilah.

Balik rumah, Suri google la web Lenovo dan terpandang pulak Lenovo Yoga Tablet.  Cantik! Terus rasa jatuh hati. Hehehehe.  


GOOGLE IMAGE

Lenovo IdeaTab A3000 7-Inch Tablet 



Lenovo IdeaPad B6000 YOGA TABLET 8

Mana satu eh?  Tak tau nak pilih yang mana.  


JANGAN SUKA MENGHINA ORANG!!


Assalamualaikum...


Hari Ahad lepas, Suri menghadiri majlis satu majlis pernikahan di Pasir Gudang.   Dan ini merupakan kali pertama Suri menyaksikan pernikahan yang dijalankan serentak di Masjid Pasir Gudang.  Ada 5 pasangan pengantin.  Senang macam ni, tak payah tok kadi berkejar ke satu-satu lokasi.   Mana-mana pasangan yang nak bernikah dan kebetulan tarikhnya sama elok buat di masjid saja.  Jimat masa.   

Ok.  Itu cerita di masjid.  Lepas selesai majlis nikah, pihak rombongan pengantin lelaki balik ke rumah tempat kami berehat dan bersiap sebelum majlis bersanding.   Tuan rumahnya sahabat kepada kakak pengantin lelaki dan dengan baik hati beri kami tumpang berehat.  Ada la beberapa buah kereta dan tentulah ramai dalam rombongan kami tu.  Selain saudara-mara kami, ada juga jiran2 yang ikut serta.  Maka penuhla rumah tu.

Dalam ramai-ramai tu ada seorang makcik yang merupakan jiran ibu pengantin lelaki yang Suri tak berkenan langsung dgn sikapnya.    Suri sengaja elakkan untuk berbual dengan dengan dia.  Tapi masa kami tiba di rumah pengantin perempuan di sebuah kampung ni, dia dah mula membebel.  Suri pun terkejut juga masa tu sebab tak pernah masuk kawasan tu, sesak dan sempit.  Rumah rapat-rapat.   Rumah pengantin pula jauh sikit dari balai tempat makan.  Suri dan suami serta orang-orang lelaki tunggu di balai manakala yang lain bawa dulang-dulang hantaran ke rumah pengantin perempuan.  Tiba-tiba makcik yang sorang ni patah balik dan merungut.  Dia terus duduk di meja tempat kami duduk. 

 "Eeee, nasib baik awak tak pergi ikut diorang masuk sana..geli aku tengok, busuk, kotor, nak muntah aku tengok keliling rumah tu.  Dahla rumah buruk, nak pijak lantai papan macam nak roboh!!"   "Awak duduk sini jela, tak payah pergi tengok lagi baik"  "Uwekk!! "  Bebel makcik ni panjang lebar sambil mencebik-cebik.  

"Apa nasib si A***** dapat jodoh orang sini".  Tambahnya lagi.

Aduh! Bengang betul rasanya.   Dah tu pula tak henti-henti dia kutuk, macam orang kuala la, geli la.  Itu satu hal, lagi satu time nak ambil makanan pula dia membebel lagi.  Lauk yang disediakan tak cukup sebab belum ditambah.   

Tak sabar-sabar betul.  Tunggulah mereka tambah.  Masuk tempat orang kena lah hormat.  Tak perlu lah pertikai situasi di situ.   Kalau ya pun awak orang kaya, janganla menghina orang yang miskin.   Mereka pun ada perasaan jugak la makcik oiiiii.   Tak tahan telinga ni dengar dia mengutuk-ngutuk.   

Dah tua tu bawa bertaubat la makcik! Kadang-kadang Suri tak faham la orang macam makcik ni.   Geram pun ada.  Salah ke kalau orang tu miskin?  Rumah buruk.  Allah dah beri rezeki dia setakat itu.  Tak payahla menghina.   Dah tu pula lepas pengantin selesai makan damai, dia minta pulak lauk-lauk kat meja pengantin tu.   Aduhh!  Macam-macam la makcik ni, malu betul Suri masa tu.  Dah la duduk semeja tetamu yang lain dok perati je.  Punya la bengang dia mintak daging, ikan siakap , udang.   Lepas tu dia paksa pula anak Suri, si kakak makan.  Anak Suri tolak dengan baik bagitau dah kenyang tapi dia suruh makan jugak!!  

Bila anak Suri tak nak, dia marah-marah.  Sampai Suri terpaksa bersuara, "Dia dah kata tak nak tu makcik, tak payahla paksa."  Grrrrrrrrrr.  Dia tarik muka.

Masa nak balik, Suri langsung tak salam.   Malas!  Bukan sebab tak hormat orang tua tapi dia masih membebel lagi.     

Dalam kereta, rupa-rupanya suami Suri pun bengang dengan makcik tu!  Dalam pada bengang tu kami doakan makcik tu diberi kesempatan untuk bertaubat sebelum ajalnya tiba.   




HALAL KE HARAM?? ANDA WAS-WAS KE?

Assalamualaikum..


Status terkini dari mengenai coklat Cadbury menjadi pertikaian tentang ketelusan pihak berwajib menangani isu halal atau haram memakannya bagi umat islam.    Pelbagai reaksi dapat dilihat dan disuarakan di laman2 media sosial.   Sekejap kata haram, sekejap halal dan kini terbaru dilihat pihak pengeluar memaparkan iklan mengatakan produk mereka telah disahkan selamat dan halal dimakan.    Namun begitu, proses siasatan yang singkat dan keputusan yang cepat menjadi persoalan kepada orang ramai.

Suri juga melihat isu ini seperti tidak ditangani dengan cermat.  Maksudnya, ketika proses siasatan berlangsung, seharusnya semua produk ini ditarik balik dari semua kedai, pasaraya atau mana-mana kiosk perniagaan yang menjualnya dan sampel2 hendaklah diambil secara rambang dari semua pasaran di Malaysia.   Bukan hanya di kilang pengeluar.   Pihak berwajib kena telus, ini melibatkan hukum hakam bukan main semberono saja.

Mengenai DNA babi yang dikatakan mencemari 2 jenis produk keluaran mereka juga menjadi persoalan besar.  Dari mana datangnya DNA tu?  Bagaimana ia dikatakan tercemar? Adakah salah satu bahan pembuatan mempunyai unsur dari binatang tersebut?  Hanya 2 jenis produk? 

 Hmmmm..   yang lain2 tu macam mana pula? 

Sejak sekian lama coklat ni menjadi sebati dalam badan kita, feel semacam kalau dapat makan coklat ni, nak nak yang 2 produk yang dikatakan tu pula... fuhhhh... sentap terus!! Macam nak gugur jantung bila dengar kata haram dimakan.   Eh! Kejap je haramnya.. dah halal dah katanya!!  Pening laa.  Dah macam-macam orang buat posting dan edit gambar-gambar coklat tu.  Kelakar pun ada.   Ramai juga kata nak saman, nak boikot dan ada juga kata takpe dah disahkan.  Siap pihak "berkenaan" juga nak buat demo makan coklat depan orang ramai?  Laa.. sampai kesitu jadinya.  Hmmmm... 

Suri pula, dah kembang meloya tiap kali nampak coklat ni kat pasaraya dan kedai2 yang selalu Suri dan keluarga berbelanja.   Anak Suri suka makan coklat dan jenama Cadbury ni memang favourite dia.. mengeluh bila jadi isu.  "Alaaa .. tak dapat makan coklat lagi.. ".  
"Apa nak kisah?  Tak mati kalau tak makan coklat.  Banyak lagi makanan berkhasiat dan menjadi sunnah boleh dimakan."  Bebel Suri.

Yang tokey besar takde pula nak buat permohonan maaf kat semua umat islam atas segala kesulitan cuma tepek iklan kat suratkhabar, bagitau dah selamat, dan belila coklat seperti biasa.  Eh? Boleh gitu? 


Sumber - BH


Kejap haram, kejap halal.   Was-was pula.   Bila WAS-WAS DAN MERAGUKAN lebih baik tinggalkan terus!!  Tak pasti betul atau tak apa yang Suri pernah dengar, bila kita rasa was-was tentang sesuatu makanan itu boleh atau tidak dimakan oleh kita orang islam, hukumnya jatuh haram.    Wallahua'lam.

Solusinya senang je... TAK PAYAH BELI , TAK PAYAH MAKAN!!! TAK MATI KALAU TAK DAPAT MAKAN CADBURY.  HEHEHEHE..TEPUK DADA TANYA IMAN!




GUNA HANDPHONE UNTUK BUAT DUIT


Assalamualaikum..

Sebelum ni Suri ada beritahu kan pasal bisnes sambilan yang Suri buat.  Haa.. Suri jadi agen simkad Tone Excel.   Kalau nak tahu segala-galanya pasal Simkad dan macam mana pulak boleh jana pendapatan boleh KLIK SINI dan kalau rasa berminat tu daftar la terus kat situ.

Atau nak sembang-sembang pasal simkad ni secara terus dengan Suri pun boleh.. jengah2 la FB Suri atau pun sms/call/ 0177564081


Rugi la kalau kita tak manfaatkan penggunaan handphone..   







Nak join??  sms/call 0177564081

PENGARUH FILEM BERUNSUR GANGSTERISM, GANAS

Semalam Suri ada kongsikan video mengenai budak2 sekolah bergaduh.  Kali ini budak perempuan melayu (alahai melayu!!) bertudung.  Lokasi kejadian atau sekolah mana tak tau la kat mana.  Kesiannya yang jadi mangsa belasahan tu langsung tak melawan, mampu tadah je la.   Yang belasah dan yang tumpang kaki sekali tu memang ganas.   Tak terlintas ke kot kalau terkena kat adik, kakak, ahli keluarga sendiri, apa perasaan diorang ye??  

Yang teruk tu tak malu pula mengaku "gua pailang", "kak yong".   Aduh makin rosak minda anak-anak ni.   Pengaruh siapa?? Tengok lambakan filem-filem unsur gangsterism yang memaparkan aksi-aksi ganas, bergaduh, dengan penggunaan bahasa yang kasar, kesat, sangat mempengaruhi minda dan jadi ikutan anak-anak sekarang.   

Kecoh di FB dengan komen-komen yang rata-ratanya mengutuk, memaki, dan tak kurang juga yang buat screen shot muka2 budak tu.    Anak siapa??  Huh, malunya mak ayah diaorang bila muka anak2 masing-masing terpampang kat media dan jadi viral.   Sampai ada yang dah buat lapuran polis.  Hah! Mana mak ayah nak letak muka??

Kepada pengeluar2 filem tolonglah jangan lagi terbitkan filem2 unsur ganas lagi.  Rosak anak-anak zaman sekarang ni.   Hanya dengan menonton filem2 sebegitu pun boleh mempengaruhi sikap anak2.

Dah keluar pun kat Harian Metro hari ni..

SUMBER - HARIAN METRO
Ibu bapa kena pantau sikap anak2 bila bergaul.  Jangan dah jadi macam ni baru nak menyesal.   Tak payah tuding jari sana sini menyalahkan orang lain.  Cabaran hari ini untuk mendidik dan membesarkan anak2 sangat sukar.   Macam-macam perkara yang boleh berlaku tanpa diduga.   

Suri pun ada anak, kadang-kadang risau kalau diorang ke sekolah.  Selalu pesan dengan anak jaga tingkah laku, jaga maruah, jaga tuturkata jangan sampai ada yang terasa.  Nanti simpan dendam jadi la macam dalam kes kat atas tu.


CADBURY OH CADBURY


SUMBER - HARIAN METRO

Putrajaya: Dua produk coklat Cadbury iaitu Cadbury Dairy Milk Roast Almond dan Cadbury Dairy Milk Hazelnut disahkan tidak mempunyai DNA babi, dan halal dimakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, keputusan itu diperolehi selepas analisa yang dilakukan Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Selangor iaitu makmal yang diakreditasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengesan DNA babi.
"Kedua-dua produk yang dianalisa ini adalah daripada batch yang sama dan diambil terus dari kilang pengeluaran produk di Seksyen 16, Shah Alam, Selangor.

"Berdasarkan keputusan analisa di makmal Jabatan Kimia yang diterima pagi ini iaitu coklat Cadbury Dairy Milk Hazelnut batch 200813 MH1H12 dan batch 200813 MH01H12 dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan batch 221013N1R11 tidak mempunyai DNA babi," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.



amil berkata, pemeriksaan menyeluruh akan dibuat semula ke atas seluruh rantaian pengeluaran produk Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd merangkumi bahan mentah, aliran pemprosesan, penyimpanan dan peralatan bagi mmastikan syarikat benar-benar mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.
Sebarang pertanyaan berhubung isu halal boleh menghubungi pegawai Hub Halal JAKIM di talian 03-88925048 (Nadia Zammil Md Nasir), 03-88925078 (Najibah Abdul Mutalib), 03-88925032 (Mazlina) dan 03-88925031 (Fakaruddin).
                                          ************************************************

Pagi ni baca Harian Metro tak habis2 lagi dengan isu coklat Cadbury..  Peninglah!  Kejap kata Haram, kejap kata Halal.  Mana satu yang betul??  Ada pulak tu kata Jakim dah ditekan pihak2 tertentu untuk mengelakkan kerugian besar pada Syarikat pengeluar coklat terkenal ni.

Walau camana pun, Suri rasa dah meloya habis,  sejak sekian lama coklat ni dah ditelan barulah isu ni timbul.   Haru dibuatnya..  Apa pun keputusan halal ke haram, Suri dah haramkan terussssss..   tak nak beli dah!!  



PRODUK 4 LIFE


4Life Transfer Factor Plus Advance





1 Botol x TF Plus Advanced (90 Kapsul)
Harga: RM 232.00 


Satu-satunya produk 4Life yang dapat meningkatkan daya imunisasi tubuh badan setinggi 437% ialahTransfer Factor Plus Advanced.
Sesuai untuk kegunaan orang ramai terutama kepada mereka yang mempunyai daya imun yang lemah seperti pesakit Kanser Tahap 1 - 4, Ketumbuhan, sering Demam Batuk & Selsema, Darah Tinggi, penyakit Jantung, Hepatitis A/B/C, Pre-dialisis, Inflamasi, Ulser, Denggi, Bisul, Resdung, Tonsilitis, Osteoporosis, Buasir, HIV/ Aids, sukar untuk hamil, masalah infeksi (bakteria, virus, kulat & kuman) dan penyakit-penyakit kronik yang lain.

Transfer Factor (TF) PLUS ADVANCED adalah rumusan pembina imun terunggul Transfer Factor Advanced (100mg) yang dicampur dengan beberapa ramuan istimewa lain.  Selain daripada bahan utamanya iaitu transfer factor, TF PLUS juga mengandungi:
  • Maitake & Shiitake Mushroom (yang dapat membantu fungsi T-Sel (sistem imun).
  • Cordycep (kaya dengan polysaccharide yang dapat meransang aktiviti sistem imun).
  • Inositol HexaPhosphate (dikenali dalam fungsi kekuatan pencegahan).
  • Beta Glucan dari serbuk oat dan yis (peransang sistem imun yang dapat "mengejutkan" sel darah putih dari "tidur".
  • Mannans dari aloe vera (bahan yang terkenal kehebatannya lebih 3000 tahun sebagai agen anti-inflammatori, anti-viral, anti-bakteria dan lain2 kehebatan).
  • Ekstrak Agaricus Blazeli (dikenali sebagai raja cendawan-berfungsi antara lain untuk mengecutkan tumor).
  • Beta Sitosterol (peransang daya imun).
  • Ekstrak daun zaitun (dapat menurunkan kadar duplikasi sel jangkitan kuman).
Kajian makmal bebas menunjukkan bahawa Transfer Factor PLUS ADVANCED dapat meningkatkan keberkesanan sistem imun dengan meningkatkan fungsi Natural Killer (NK) sebanyak 437%.  Sel NK adalah barisan hadapan sistem imun kita.
MANFAAT UTAMA:
  • Menggabungkan kekuatan Transfer Factor yang diperolehi dari kolostrum lembu dan kuning telur untuk sokongan sistem imun yang luas.
  • Meningkat keupayaan badan mengingati serangan lalu menggalakkan keberkesanan dan kesihatan sistem imun.
  • Mendidik sel imun yang masih mentah mengenai bahaya semasa atau yang mungkin dihadapi bersama dengan pelan tindakan.
  • Membantu diperingkat mengenali ancaman kesihatan.
  • Menggalakkan imbangan sistem imun.
  • Memupuk dan menyokong sistem imun semulajadi, taktik pertahanan pertama tubuh anda dari penceroboh asing.
RUMUSAN:
  • Sehingga kini, belum ada lagi produk yang dapat meningkatkan sistem imun setinggi dan sehebatTransfer Factor Plus.
  • TF Plus "TERBUKTI" dapat meningkatkan sistem imun badan (aktiviti sel NK) sehingga 437%.
  • Mendidik, meningkatkan dan menyeimbangkan sistem imun dengan Tri-Factor Formula.

CARA PENGGUNAAN :
* 2 biji  untuk 3 kali sehari

Sebagai pencegahan dan perlindungan bagi orang yang sihat, ikut dos seperti yang dicadangkan dibotol.


UNTUK SOKONGAN RAWATAN BAGI YANG BERPENYAKIT:
Langkah 1 : Ambil 2 - 5 kali ganda dari dos yang dicadangkan dibotol selama 2 minggu.

Langkah 2 : Ambil 2 kali ganda dari dos yang dicadangkan dibotol selama 2 minggu.

Langkah 3 : Teruskan dengan Langkah 2 selama 3 bulan ATAU

Langkah 4 : Ikut dos yang dicadangkan dibotol jika sudah stabil.


PERHATIAN :
Bagi kanak-kanak, ambil separuh dari dos yang dicadangkan dibotol atau ambil dos seperti yang dicadangkan dibotol jika penyakit tahap kritikal.



Untuk pembelian ..contact Suri call/sms  0177564081 atau pm di FB




4Life Transfer Factor Advance Formula


1 Botol x TF Advanced Formula (60 Kapsul)
Harga: RM 169.00 


Kajian makmal bebas menunjukkan bahawa Transfer Factor ADVANCED Formula meningkatkan keberkesanan sistem imun dengan meningkatkan fungsi Natural Killer (NK) sebanyak 283%.  Sel NK adalah barisan hadapan sistem imun kita.
Transfer Factor (TF) ADVANCED juga dikenali sebagai "MOLEKUL AJAIB". TF ADVANCED adalah Molekul Pendidik Sistem Imun.  TF dapat memberikan informasi kepada sistem imun untuk mengenali "musuh-musuh" di dalam badan seperti kuman virus, bakteria, parasit dan juga sel2 kanser.  1 kapsul TF mengandungi informasi maklumat rupa bentuk lebih dari 100,000 jenis pathogen iaitu kuman, virus dan lain2 gejala penceroboh pembawa penyakit.
TF dapat meransang sistem imun untuk menyerang musuh2 penceroboh tersebut.  TF juga dapat menenangkan dan mengimbang kembali sistem imun apabila musuh2 telah berjaya di atasi menjadikan ia penawar utama untuk berbagai masalah ancaman penyakit termasuk masalah penyakit auto-imun (iaitu sistem imun yang diluar kawalan akan menyerang sel2 baik dan juga tisu tubuh badan).
MANFAAT UTAMA:
  • Meningkatkan keupayaan badan mengingati serangan lalu, menggalakkan keberkesanan dan kesihatan sistem imun.
  • Mendidik sel imun yang masih mentah mengenai bahaya semasa atau yang mungkin di hadapi, bersama dengan pelan tindakan
  • Membantu di peringkat  mengenali ancaman kesihatan.
  • Menggalakkan imbangan sistem imun

Transfer Factor Advance (TFA) digunakan untuk mengimbangkan sistem imun dibadan kita. Ia bukan sahaja dapat mencegah dan merawat penyakit, malah ia dapat membersihkan semua kuman dan penyakit senyap yang anda tidak pernah ketahui berada dibadan anda selama ini.
TF Advanced juga amat sesuai kepada semua bayi dan kanak-kanak untuk MENCEGAH mereka dari segala penyakit dan infeksi seperti selsema, batuk, beguk atau demam.
Kekuatan 1 biji Transfer Factor Advanced adalah sama dengan 75 biji pil kolostrum dalam fungsi pembinaan daya imun dan ia juga mampu mengenali lebih dari 100,000 jenis kuman (virus, bakteria, parasit, kulat, dsb.).
TF Advanced bertindak adalah dengan memberi informasi kepada sistem imun untuk menyerang segala musuh-musuh jahat seperti kuman, virus, bakteria, dan sebagainya, dan apabila musuh-musuh telah berjaya diatasi, Transfer Factor akan menenangkan sistem imun dan menjadikan ia (TF Advanced) sebagai PENCEGAH TERBAIK untuk tubuh kita.
Sesuai digunakan oleh semua lapisan umur, termasuk orang tua, bayi dan ibu mengandung.
(60 kapsul / Botol)

TERBUKTI meningkatkan sistem imun badan (aktiviti sel NK) sehingga 283%
Mendidik dan menyeimbangkan sistem imun dengan Tri-Factor Formula
Ia bukan sahaja dapat mencegah dan merawat penyakit, malah ia dapat membersihkan semua kuman dan penyakit senyap yang anda tidak pernah ketahui, ada dibadan anda.
Mengandungi jumlah tertinggi Transfer Factordan NanoFactor per kapsul - 300 miligram

CARA PENGGUNAAN :
* 2 Biji -3x sehari
Sebagai pencegahan penyakit untuk orang atau mereka yang “sihat” , ikut dose cadangan dibotol.
Untuk Sokongan Rawatan Bagi yang Berpenyakit :
LANGKAH 1 : Ambil 2 - 5 kali ganda dari dose yang dicadangkan di botol selama 2 minggu.
LANGKAH 2 : Ambil 2 kali ganda dari dose yang dicadangkan di botol selama 2 minggu.
LANGKAH 3 : Teruskan dengan STEP 2 selama 3 Bulan ATAU
LANGKAH 4 : Ikut dose yang dicadangkan dibotol jika sudah stabil.

PERHATIAN : Bagi Kanak-Kanak: Ambil separuh dari dose yang dicadangkan di botol atau ambil dose seperti yang dicadangkan di botol jika penyakit tahap kritikal.