CADBURY OH CADBURY


SUMBER - HARIAN METRO

Putrajaya: Dua produk coklat Cadbury iaitu Cadbury Dairy Milk Roast Almond dan Cadbury Dairy Milk Hazelnut disahkan tidak mempunyai DNA babi, dan halal dimakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, keputusan itu diperolehi selepas analisa yang dilakukan Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Selangor iaitu makmal yang diakreditasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengesan DNA babi.
"Kedua-dua produk yang dianalisa ini adalah daripada batch yang sama dan diambil terus dari kilang pengeluaran produk di Seksyen 16, Shah Alam, Selangor.

"Berdasarkan keputusan analisa di makmal Jabatan Kimia yang diterima pagi ini iaitu coklat Cadbury Dairy Milk Hazelnut batch 200813 MH1H12 dan batch 200813 MH01H12 dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan batch 221013N1R11 tidak mempunyai DNA babi," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.



amil berkata, pemeriksaan menyeluruh akan dibuat semula ke atas seluruh rantaian pengeluaran produk Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd merangkumi bahan mentah, aliran pemprosesan, penyimpanan dan peralatan bagi mmastikan syarikat benar-benar mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.
Sebarang pertanyaan berhubung isu halal boleh menghubungi pegawai Hub Halal JAKIM di talian 03-88925048 (Nadia Zammil Md Nasir), 03-88925078 (Najibah Abdul Mutalib), 03-88925032 (Mazlina) dan 03-88925031 (Fakaruddin).
                                          ************************************************

Pagi ni baca Harian Metro tak habis2 lagi dengan isu coklat Cadbury..  Peninglah!  Kejap kata Haram, kejap kata Halal.  Mana satu yang betul??  Ada pulak tu kata Jakim dah ditekan pihak2 tertentu untuk mengelakkan kerugian besar pada Syarikat pengeluar coklat terkenal ni.

Walau camana pun, Suri rasa dah meloya habis,  sejak sekian lama coklat ni dah ditelan barulah isu ni timbul.   Haru dibuatnya..  Apa pun keputusan halal ke haram, Suri dah haramkan terussssss..   tak nak beli dah!!  




Catat Ulasan