RHEUMATOID ARTHIRITIS ATAU SERONEGATIVE RA?


Assalamualaikum semua....


Punya la lama tak update blog.  Macam-macam hal berlaku sepanjang waktu tidak berblog ni.  Kadang-kadang ada idea nak menulis tapi datang tak kena waktu, time memasak la, tengah sibuk dengan kerja2 lain la.. lepas tu hilang camtu je atau bila penat tak jadi pulak nak update.

Nampak tak tajuk kat atas tu? Apa kaitan dengan entry kali ni pulak eh?  

Ok.  Ni nak cerita sikit.   Akhir bulan April hari tu anak Suri yang sulung tu, si kakak mengadu selalu sakit lutut, jari2 sakit.   Dia nak buat homework yang menimbun2 tu tak larat katanya.  Ingatkan dia cuma penat sangat, maklumlah waktu dia di sekolah terlalu lama.  Van sekolah datang jemput pukul 11.00 pagi. Waktu masuk sekolah lama lagi, pukul 12.30 tghari.  Disebabkan  naik van dan terpaksa ikut jadual trip van kena la pergi awal.   Balik pun tiap-tiap hari lambat.  Pukul 7.30-7.40 baru sampai rumah.  Lepas mandi, solat dan makan kena sambung buat homework lagi.   Homework kalau sekadar latihan tak pe juga.   Ini kena salin bulat2 dari buku teks sampai 5-8 muka surat, kadang2 lebih.  Bukan untuk satu subjek je, ada subjek2 lain lagi nak kena buat.  Mana la tak penat?? Bersambung2 dari pagi hingga ke malam.  Langsung tak ada masa nak rehat!

Satu hari dia balik sekolah dalam keadaan tak bermaya langsung dan mengadu sakit seluruh sendi tulang.  Suruh dia mandi dan solat dulu.  Lepas je mandi, dia terus rebah.  Kelam kabut Suri dan daddy dia dibuatnya..  Tengok suhu badan terlampau tinggi.  Nak dibawa ke klinik dia pulak langsung tak boleh bangun.   Tiap kali dia nak gerakkan tangan atau kaki terasa kaku.  Risau juga kot kena denggi ke apa sebab simptom macam denggi je.   Daddy dia terus keluar beli air 100plus.   Suruh dia minum banyak2 dan lepas 10 minit bagi makan ubat untuk redakan panas badan.     Dalam 40 minit dia boleh bangun dan rasa nak buang air kecil.  Daddynya papah dia ke bilik air.   Tak lama lepas tu suhu badan dia turun.  Lega.  Suruh dia makan dan rehat.  Tak payah fikir nak buat kerja sekolah.   Malam tu tidur dengan dia.  Kejap2 Suri bangun tengok kot2 suhu dia naik mendadak.  

Esok pagi dia dah sihat semula dan nak kesekolah juga.  Dilarang pun dia nak pergi juga, katanya tak nak tertinggal belajar.  Ya lah, bawak la ubat.
Lusa daddy dia belikan sandal baru, suruh dia try pakai.  Daddy dia terkejut kenapa kaki dia nampak lain bila berdiri.. macam termasuk kedalam kedua2 belah kaki dia.   Tanya si kakak kenapa kaki dia macam tu, dia kata entah, tapi selalu sakit, lutut dia pun selalu sakit, jari2 selalu rasa kejang, menggigil bila nak menulis, kadang2 sakit bila nak pegang pen.  Apa lagi, terus bawa pergi klinik sebab tengok jari2 tangan dia nampak bengkok2 dan mengecil sikit.  Bila berbincang dengan doktor dan lama juga doktor check dan tanya macam2 dan kemungkinan kena Arthiritis.   Doktor minta ambil darah untuk ujian.

Lepas 3 hari, doktor call untuk ambil result ujian darah hari tu.   Sah ada arthritis tapi tak confirm samada Rheumatoid Arthritis atau Seronegative RA.   Macam nak tercabut jantung bila doktor cakap mcm tu.   Surat untuk refer ke hospital segera disiapkan.   Patutla sebelum ni dia selalu tak ada mood sebab sakit2.  Ingatkan dia sakit2 badan biasa je.  Selalu bawa dia pergi berurut.  


Nak tahu apa itu Rheumatoid Arthritis atau Seronegative RA tengok kat bawah ni.




LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11-12-13
THBEST MALAYSIVIRTUAL HOMEOPATH 
Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991
"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI
Mengenali Rheumatoid Arthritis Dan Saranan (29/10/13)

 Pada hari program kuliah CPD MPHM pada 27 Oktober 2013 di hari minggu yang lalu, lebih kurang 30 peserta pengamal telah hadir mendengar kuliah daripada sdr Dr. Avinash Shukla, pensyarah jemputan dari CUCMS, Cyberjaya.
  Topik pilihan pada kali ini iaitu "Homoeopathic Management of Rheumatoid Arthritis" sangat menarik. Para peserta diperkenalkan dengan agak panjang tentang isu penyakit rheumatoid arthritis.
  Penyakit ini mungkin menyerang ramai mangsa yang sudah berumur. Malah seorang daripada pengamal senior yang hadir turut menunjukkan simptom fizikal yang dialaminya.
  Penyakit artritis reumatoid (RA) ini dirujuk sebagai penyakit autoimmune, di mana serangan sakit berlaku ke atas tisu sendi normal, yang menyebabkan keradangan kepada lapisan sendi.
  Keradangan lapisan sendi yang disebut synovium boleh menyebabkan kesakitan, kekejangan (kekakuan), pembengkakan, kepanasan dan kemerahan. Sendi yang menerima kesan itu boleh hilang bentuk, yang mana kesannya ialah seseorang itu tidak boleh melakukan pergerakan yang biasa.
  RA dikatakan penyakit kronik yang berterusan menyerang dengan rasa sakit dan inflamasi yang aktif sepanjang masa, disebut sebagai "flares", dan ia diselangi oleh keredaan pada masa-masa tertentu.
  Penyakit yang menyerang 0.8 peratus penduduk dunia ini dikatakan menyerang kaum wanita tiga kali ganda lebih daripada lelaki. Mereka yang selalu mendapat penyakit ini berumur sekitar 35-50 tahun dan mempunyai pengaruh genetik.
  Mengikut klasifikasi kriteria bagi RA, seseorang penghidap itu harus menunjukkan empat daripada tujuh simptom berikut:
 1. Kekejangan di waktu pagi yang lamanya sampai sejam atau lebih.
 2. Pembengkakan terjadi di dalam sekurang-kurangnya tiga sendi.
 3. Bengkak pada sendi tangan.
 4. Pembengkakan sendi simetri.
 5. Ada hakisan ditunjukkan oleh X-ray kawasan tangan
 6. Nodul reumatoid
 7. Terdapat faktor serum reumatoid yang tinggi.
  Dan simptom yang disebutkan itu harus wujud selama tidak kurang daripada enam minggu.
  Itu merupakan antara petanda bagi pesakit boleh diklasifikasikan sebagai menghidap artritis reumatoid. Tetapi yang lebih penting daripada itu ialah apakah pesakit boleh sembuh menerusi rawatan konvensional?
  Setakat ini, rawatan konvensional sendiri mengakui bahawa tidak ada kaedah terbaik bagi menyembuhkan RA. Ubat-ubatan yang dipreskripsi adalah sekadar bagi mengurangkan inflamasi ataupun simptom-simptom RA, di samping tidak dapat menghindarkan daripada kesan sampingan ubat.
  Menurut pandangan mereka sendiri, rawatan RA harus turut mendapat bantuan dari segi pendidikan pesakit, rehat dan senaman, perlindungan sendi, dan ada masanya surgeri mungkin terpaksa dibuat.
  Di dalam homeopati, beberapa penawar seperti Actaea spicata, Arnica, Bryonia, Calcarea carb, Calcarea fluor, Causticum, Pulsatilla, Rhus tox dan beberapa lagi dikatakan sesuai diberikan bagi pesakit-pesakit yang menunjukkan simptom yang serupa dengan penawar.
  Namun seperti dinyatakan oleh Dr. Avinash, homeopati juga memerlukan bantuan tambahan bagi membantu pemulihan, iaitu dengan kerjasama rawatan fisioterapi dan masaj.
  Seperti penyakit artritis juga, RA memerlukan sedikit pantang terhadap makanan tertentu di mana hal itu bergantung kepada sensitiviti pesakit terhadap makanan yang diambil.
     WaLlahu a'lam.
     Salam mesra daripada kami di meja HBI.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

untuk Seronegative RA baca sini 



Sambung nex entry.....





Catat Ulasan