KATAKAN YANG BAIK-BAIK, DOA YANG BAIK-BAIK..




                                         

Assalamualaikum..

Isu anak istimewa, adik Muhammad Firdaus Dullah yang berusia 15 tahun yang dijumpai terbiar masih lagi hangat diperkatakan di laman-laman media.   Macam-macam rasa ada dalam hati dan kepala Suri bila melihat Berita menayangkan penemuan anak istimewa ini.   Airmata deras mengalir.   Kenapa? Macam mana boleh jadi sampai begitu?  Maknya mana?  Ya Allah..tengoklah keadaannya yang kurus kering, tak terurus dengan bergelumang najis seluruh badan, tanpa seluar hanya baju reput yang masih melekat di badan.  Tidur atas lantai tanpa lapik dan kotor.  Bekas-bekas polisterin hancur bersepah! 

Marah??  Memang marah.  Siapa yang tak marah bila lihat keadaan anak yang dibiarkan sampai kering macam tu??  Tinggal kulit yang menyaluti tulang dah macam mayat hidup.  Tatkala ditemui, keadaan adik Firdaus dilihat kebingungan mungkin dah terlalu lama dikurung dan tidak berjumpa orang.   Kesian tengok dia mengesot keluar dari penjara hidup dia. 
Maknya??  Puan Lola yang kini ditahan reman untuk sesi soal siasat.  Kenyataan pertama yang  keluar dai mulutnya iala..”Orang tak tahu keperitan hidup saya” “Tak tahu susah saya”.

Jiran-jiran terkejut, orang ramai lagi la terkejut.  Mula lah keluar pelbagai kenyataan di akhbar, media sosial tentang hidup dua beranak ini.   Puan Lola isteri kedua rupanya dan ada seorang anak dengan suami keduanya hasil pernikahan rahsia.   Suami jarang pulang kerana isteri pertama tak tahu tentang perkahwinan mereka.   Lepas tu FB nya di selongkar dan digodam.  Majikan pula membocorkan maklumat gajinya.   Suami pertamanya, bapa kepada adik Firdaus sudah meninggal pada 2012 hasil semakan pihak berwajib.

Orang ramai mempertikaikan kenyataan Puan Lola yang dikatanya susah tapi mampu melanggan internet dan berFB serta penampilannya yang dilihat bergaya, bersolek serta memiliki kereta.   Suri baca segala caci maki dan gelaran segala macam binatang, kata2 lucah dan tak kurang juga nak lempang, nak ludah mukanya nak bagi seliang dua sampai sebak juga bila tengok ayat2 yang dihamburkan.   Astagfirullahalazim….

Suri akui semua orang sangat2 marah, geram terhadap ibu yang melahirkan adik Firdaus ini.  Suri pun marah juga tapi takkanlah sampai memaki, mencarut, lepas tu tuduh pula orang yang mengenali dan membela Puan Lola ni dibayar!!  Dah boleh jatuh hukum memfitnah ni!
Janganlan macam tu.  Suri tak menyebelahi Puan Lola.  Tapi boleh tak kita fikir apa yang mendorong dia buat macam tu pada anak dia?? Sebelum ini adik Firdaus ni dijaga dengan baik, bersih dan gambar yang diambil dari FB ibunya nampak sagat comel dan senyumannya manis tandai dia disayangi oleh ibunya.

Faktor apa yang me, menyebabkan Puan Lola mula mengabaikan anaknya??  Apa masalah dia sebenarnya??  Tekanan?? Mungkin juga, ada suami umpama tak ada, mungkin dia mula rasa penat, bosan menguruskan segala seorang diri dan tidak dapat dinafikan mungkin dia juga ingin kebebasan, hiburan dan persekitaran tempat kerja yang melihat rakan2 bergaya, di FB pula ramai yang menyangkan gambar2 percutian bersama keluarga dan dia rasa kekosongan bila pulang kerumah.  Yang dia nampak adalah bebanan!!  Mula rasa malu, penat menguruskan anak, penat memikirkan masaalah rumahtangga.  Dia juga ingin bersosial.   Inilah padahnya bila suami yang dikahwini tidak bertanggungjawab membimbing isterinya mendalami agama.  Hasutan dan bisikan syaitan tak dapat ditepis.  Sekarang dia berdepan tindakan undang-undang.  Di akhirat juga takkan terlepas.  Dia tewas dengan hasutan syaitan.  Simpati juga padanya yang tersasar dari landasan hidup.   Moga dia diberi hidayah dan menginsafi perbuatannya mengabaikan anak syurga ini.   Allah Maha Pengampun. 

Bagi mereka yang handal menaip menghamburkan pelbagai hinaan, anda juga tewas dengan syaitan kan?? Tanpa anda sedari laju sahaja menaip dalam keadaan marah dan keluar la pelbagai gelaran, kata-kata yang amat kesat..  AllahhuRabbi..  Tahukah anda kena minta maaf dengan Puan Lola selagi hayat anda ada atau sebelum Puan Lola juga masih hidup??  Dia tak bersalah pada kita semua tapi dia bersalah besar pada Allah dan anaknya yang diamanahkan oleh Allah swt.     Kita tak mampu nak pergi menegur dan menasihati perbuatannya tapi tak bolehkan kita doakan agar hatinya yang “sakit” dapat dipulihkan dengan airmata taubat??  Jangan kita lupa orang yang diuji begini hebat apabila Allah memberi hidayah dan dia bertaubat dan kembali kejalan Allah, akan diberi rahmat keatasnya malah disayangi Alllah.  

Tapi kita macam mana pula??  Mudahnya kita “MENJEMPUT DOSA” hanya dengan ber FB dan bertebaran berkait berangkai pula “DOSA” kita bila ada kenalan yang turut komen dan menambah2 lagi cercaan sesedap rasa sesukanya.  

Menghina orang juga satu dosa!.. Tak jumpa kat dunia mana kita nak cari orang yang dihina ni kat akhirat nanti?  Nak menjemput rezeki kena usaha, nak menambah pahala payah juga bergantung pada amalan dan niat kita  tapi nak Menambah Dosa mudahnya sekelip mata sahaja.  Bila ada seorang dua rakan yang menegur agar dihentikan cacian terus Blok atau Unfriend!   Tak mahu berkawan terus!   Kawan yang baik adalah kawan yang berani menegur kesilapan kita dan tak mahu kita buat silap.   Kawan yang tak baik kawan yang menyokong malah melagakan lagi serta menambah2 pula.  

Suri tak ada niat langsung nak membuat anda semua terasa.  Tapi kena juga buat sesuatu.  Suri memang marah dan perasaan marah itu normal tapi Suri tak tahu aturan Allah swt.   Suri harap Puan Lola mendapat pengajaran, hukuman setimpal serta sedar akan kesalahan yang dilakukannya walau apa pun alasannya.  Pual Lola “Sakit” dan perlu dirawat.  Hanya dengan sokongan, bimbingan agama mampu merawat dan agar dia mengasihi anaknya Firdaus dan dapat memberi belaian , pelukan kasih sayang padanya.   Suri juga yakin Firdaus mahukan pelukan kasih sayang ibunya itu.  Dekat-dekatkanlah dua beranak ini..

Ini dugaan dan ujian buat Puan Lola, berdoalah agar kita tidak diuji sebegitu rupa.. Kita yang ada anak yang sempurna akal sihat fizikal pun tak terjaga dari segi sikap dan tingkah laku.. Tak percaya tengoklah sendiri FB anak masing2!  Masih bersekolah tapi macam2 status yang keluar.  Terang-terang statement macam pasangan suami isteri, yang bahasanya kesat pun ada.  Nah berlambak video lucah anak-anak sempurna akal sihat fizikal ni tak kurang hebat video bergaduh bergusti membuli membelasah tak kira lelaki perempuan!.  


Suri mohon maaf entri kali ini panjang lebar dan harapan Suri jangan lah laju menaip tapi yang keluar perkataan yang menambah koleksi dosa dan menebalkan buku dosa-dosa kita!




Catat Ulasan