HALAL KE HARAM?? ANDA WAS-WAS KE?

Assalamualaikum..


Status terkini dari mengenai coklat Cadbury menjadi pertikaian tentang ketelusan pihak berwajib menangani isu halal atau haram memakannya bagi umat islam.    Pelbagai reaksi dapat dilihat dan disuarakan di laman2 media sosial.   Sekejap kata haram, sekejap halal dan kini terbaru dilihat pihak pengeluar memaparkan iklan mengatakan produk mereka telah disahkan selamat dan halal dimakan.    Namun begitu, proses siasatan yang singkat dan keputusan yang cepat menjadi persoalan kepada orang ramai.

Suri juga melihat isu ini seperti tidak ditangani dengan cermat.  Maksudnya, ketika proses siasatan berlangsung, seharusnya semua produk ini ditarik balik dari semua kedai, pasaraya atau mana-mana kiosk perniagaan yang menjualnya dan sampel2 hendaklah diambil secara rambang dari semua pasaran di Malaysia.   Bukan hanya di kilang pengeluar.   Pihak berwajib kena telus, ini melibatkan hukum hakam bukan main semberono saja.

Mengenai DNA babi yang dikatakan mencemari 2 jenis produk keluaran mereka juga menjadi persoalan besar.  Dari mana datangnya DNA tu?  Bagaimana ia dikatakan tercemar? Adakah salah satu bahan pembuatan mempunyai unsur dari binatang tersebut?  Hanya 2 jenis produk? 

 Hmmmm..   yang lain2 tu macam mana pula? 

Sejak sekian lama coklat ni menjadi sebati dalam badan kita, feel semacam kalau dapat makan coklat ni, nak nak yang 2 produk yang dikatakan tu pula... fuhhhh... sentap terus!! Macam nak gugur jantung bila dengar kata haram dimakan.   Eh! Kejap je haramnya.. dah halal dah katanya!!  Pening laa.  Dah macam-macam orang buat posting dan edit gambar-gambar coklat tu.  Kelakar pun ada.   Ramai juga kata nak saman, nak boikot dan ada juga kata takpe dah disahkan.  Siap pihak "berkenaan" juga nak buat demo makan coklat depan orang ramai?  Laa.. sampai kesitu jadinya.  Hmmmm... 

Suri pula, dah kembang meloya tiap kali nampak coklat ni kat pasaraya dan kedai2 yang selalu Suri dan keluarga berbelanja.   Anak Suri suka makan coklat dan jenama Cadbury ni memang favourite dia.. mengeluh bila jadi isu.  "Alaaa .. tak dapat makan coklat lagi.. ".  
"Apa nak kisah?  Tak mati kalau tak makan coklat.  Banyak lagi makanan berkhasiat dan menjadi sunnah boleh dimakan."  Bebel Suri.

Yang tokey besar takde pula nak buat permohonan maaf kat semua umat islam atas segala kesulitan cuma tepek iklan kat suratkhabar, bagitau dah selamat, dan belila coklat seperti biasa.  Eh? Boleh gitu? 


Sumber - BH


Kejap haram, kejap halal.   Was-was pula.   Bila WAS-WAS DAN MERAGUKAN lebih baik tinggalkan terus!!  Tak pasti betul atau tak apa yang Suri pernah dengar, bila kita rasa was-was tentang sesuatu makanan itu boleh atau tidak dimakan oleh kita orang islam, hukumnya jatuh haram.    Wallahua'lam.

Solusinya senang je... TAK PAYAH BELI , TAK PAYAH MAKAN!!! TAK MATI KALAU TAK DAPAT MAKAN CADBURY.  HEHEHEHE..TEPUK DADA TANYA IMAN!





Catat Ulasan