KESIHATAN SEMAKIN MEROSOT!


Sambung entry lepas...  Satu hari kakak balik sekolah dalam keadaan tangan yang sakit.  Kenapa tu kakak?  Tanya Suri, risau dibuatnya.  Dia kata kakak kena rotan dengan cikgu sebab tak siapkan dan hantar homework.   Haaa???  Malam tu dia terus sakit dan melarat2 pula.   Ini tak boleh jadi, hari Ahad ni mummy dan daddy pergi sekolah jumpa cikgu.  Bukan nak pergi serang ke nak marah ke... nak explain kat cikgu2 dia tentang masalah si kakak ni.

So pergi la kami ke sekolah, actually mummy je pergi sbb daddy jaga si baby ni kat dalam kereta.  Tak payah ramai2 nak naik pejabat sekolah tu.  Lepas explain kat cikgu, memang diorang semua terkejut dan simpati.  cikgu yang merotan tu pulak belum sampai lagi.  Kebetulan pula masa tu first day exam mid year, cikgu suruh ambil periksa di bilik kesihatan dan masa tambahan diberi sebab kepayahan kakak nak menulis, lambat dan sakit.

Baru sehari jawab periksa dia terus sakit teruk.  Lutut sakit tak boleh jalan.  Aduh! perit tengok dia kesakitan macam tu.  Apa lagi, terus call member dia Consultant dan agen produk 4Life, minta dia supplement Transfer Factor.  Dia terkejut mulanya, kenapa kak? bertalu2 soalan dia... dan terkejut bila dapat tau si kakak kena Arthritis ni.  Esoknya kami jumpa kat restoran dan bincang pasal ni.   Transfer Factor ni memang bagus.. Suri pun ambil sebotol dulu dengan teh 4Life.   Mula-mula makan kena dos tinggi sikit.  Dan kesannya?? Habis semua sendi tulang sakit teruk.  Pinggang, rusuk, siku, bahu, rahang... tindakbalas yang kuat dan 4Life TF ni akan kerjakan mana2 tempat yang rosak teruk. 

Lepas 2 hari makan TF belum nampak lagi kesan untuk baik tapi satu hari kakak balik sekolah longlai dan lepas mandi da solat dia terus tak boleh jalan! Sampai mengesot dalam rumah dan rasa kakinya berat sangat.  Suri pun papah dia ke atas katil dan baring.  Dia tak boleh nak cakap sakitnya macam mana.   Suri terpaksa bawakan makanan kat katil.  Kesian betul.  Terus terbayang waktu dia bersukan dulu, masa tu darjah 5 dia masuk sukan lari 4 x 200 meter.   Dia boleh kejar dan potong 3 orang sekali gus yang dah jauh lebih 100 meter depan dia!!  Memang hebat !!  Tapi sekarang nak berjalan dalam rumah pun tak larat.   Taekwando juga dah lama berhenti masa nak ambil exam untuk talipinggang hitam sebab masa tu dia dah tak larat katanya.  Tak tau pun masa tu dah ada tanda2 Arthritis ni.

Seksa juga tengok dia kesakitan.  Tapi ikhtiar juga untuk sembuh memandangkan appointment dengan Rheumatologyst kat Hospital Sultan Ismail lama lagi, 1 Jun 2014.   Sekarang dah masuk botol ke 2 makan TF, nampak ada perubahan sikit.  Cuma dia belum berselera nak makan sangat.

Sekarang masih terhencot2 berjalan, lutut kanan masih sakit.   Mungkin lepas habis 3 botol akan ada perubahan besar memandangkan penyakitnya dah serius masa baru dapat tahu.

Suri harap sangat dia cepat sembuh dan boleh pulih sepenuhnya sebab kesian dia masih terlalu muda, baru 14 tahun.  Segala aktiviti dan pergerakan dia terbatas.  Nak belajar pun tak boleh fokus sebab matanya juga jadi sakit bila membaca atau kadang2 kabur tanpa sebab.

Doakanlah anak Suri, Sarah Ardini semoga cepat sembuh.  Rindu nak tengok dia aktif semula dan boleh bersukan macam dulu. dan boleh wakil sekolah lagi dalam sukan yang dia minat.








Catat Ulasan