JANGAN SUKA MENGHINA ORANG!!


Assalamualaikum...


Hari Ahad lepas, Suri menghadiri majlis satu majlis pernikahan di Pasir Gudang.   Dan ini merupakan kali pertama Suri menyaksikan pernikahan yang dijalankan serentak di Masjid Pasir Gudang.  Ada 5 pasangan pengantin.  Senang macam ni, tak payah tok kadi berkejar ke satu-satu lokasi.   Mana-mana pasangan yang nak bernikah dan kebetulan tarikhnya sama elok buat di masjid saja.  Jimat masa.   

Ok.  Itu cerita di masjid.  Lepas selesai majlis nikah, pihak rombongan pengantin lelaki balik ke rumah tempat kami berehat dan bersiap sebelum majlis bersanding.   Tuan rumahnya sahabat kepada kakak pengantin lelaki dan dengan baik hati beri kami tumpang berehat.  Ada la beberapa buah kereta dan tentulah ramai dalam rombongan kami tu.  Selain saudara-mara kami, ada juga jiran2 yang ikut serta.  Maka penuhla rumah tu.

Dalam ramai-ramai tu ada seorang makcik yang merupakan jiran ibu pengantin lelaki yang Suri tak berkenan langsung dgn sikapnya.    Suri sengaja elakkan untuk berbual dengan dengan dia.  Tapi masa kami tiba di rumah pengantin perempuan di sebuah kampung ni, dia dah mula membebel.  Suri pun terkejut juga masa tu sebab tak pernah masuk kawasan tu, sesak dan sempit.  Rumah rapat-rapat.   Rumah pengantin pula jauh sikit dari balai tempat makan.  Suri dan suami serta orang-orang lelaki tunggu di balai manakala yang lain bawa dulang-dulang hantaran ke rumah pengantin perempuan.  Tiba-tiba makcik yang sorang ni patah balik dan merungut.  Dia terus duduk di meja tempat kami duduk. 

 "Eeee, nasib baik awak tak pergi ikut diorang masuk sana..geli aku tengok, busuk, kotor, nak muntah aku tengok keliling rumah tu.  Dahla rumah buruk, nak pijak lantai papan macam nak roboh!!"   "Awak duduk sini jela, tak payah pergi tengok lagi baik"  "Uwekk!! "  Bebel makcik ni panjang lebar sambil mencebik-cebik.  

"Apa nasib si A***** dapat jodoh orang sini".  Tambahnya lagi.

Aduh! Bengang betul rasanya.   Dah tu pula tak henti-henti dia kutuk, macam orang kuala la, geli la.  Itu satu hal, lagi satu time nak ambil makanan pula dia membebel lagi.  Lauk yang disediakan tak cukup sebab belum ditambah.   

Tak sabar-sabar betul.  Tunggulah mereka tambah.  Masuk tempat orang kena lah hormat.  Tak perlu lah pertikai situasi di situ.   Kalau ya pun awak orang kaya, janganla menghina orang yang miskin.   Mereka pun ada perasaan jugak la makcik oiiiii.   Tak tahan telinga ni dengar dia mengutuk-ngutuk.   

Dah tua tu bawa bertaubat la makcik! Kadang-kadang Suri tak faham la orang macam makcik ni.   Geram pun ada.  Salah ke kalau orang tu miskin?  Rumah buruk.  Allah dah beri rezeki dia setakat itu.  Tak payahla menghina.   Dah tu pula lepas pengantin selesai makan damai, dia minta pulak lauk-lauk kat meja pengantin tu.   Aduhh!  Macam-macam la makcik ni, malu betul Suri masa tu.  Dah la duduk semeja tetamu yang lain dok perati je.  Punya la bengang dia mintak daging, ikan siakap , udang.   Lepas tu dia paksa pula anak Suri, si kakak makan.  Anak Suri tolak dengan baik bagitau dah kenyang tapi dia suruh makan jugak!!  

Bila anak Suri tak nak, dia marah-marah.  Sampai Suri terpaksa bersuara, "Dia dah kata tak nak tu makcik, tak payahla paksa."  Grrrrrrrrrr.  Dia tarik muka.

Masa nak balik, Suri langsung tak salam.   Malas!  Bukan sebab tak hormat orang tua tapi dia masih membebel lagi.     

Dalam kereta, rupa-rupanya suami Suri pun bengang dengan makcik tu!  Dalam pada bengang tu kami doakan makcik tu diberi kesempatan untuk bertaubat sebelum ajalnya tiba.   





3 comments

Catat Ulasan