PESAWAT MAS MH 370 DILAPOR HILANG

Berita paling hangat hari ini hingga menutup beberapa berita sensai.  Sebuah pesawat MAS MH370 dilapor hilang semasa penerbangan dari KLIA - Beijing.  Seramai 227 penumpang serta 12 kru penerbangan berada dalam pesawat ketika kejadian.   Sejak pagi tak henti-henti berita menyiarkan laporan dara masa ke semasa.  Masih tiada perkembangan mengenainya.   Di ruang siber pula tersebar beberapa berita yang tidak sahih seperti ada yang kata sudah selamat mendarat di Nanming, ada yang kata crash di laut dalam wilayah Vietnam dan yang mempermainkan isu ini menjadi bahan lawak pun tidak kurang juga.   

Jangan main-main dengan berita sedih ni... tak usah lah persendakan, nyawa beratus kat dalam tu.  Tak tau apa nasib mereka, masih hidup lagi kah atau ...???   


                                         gambar muka depan Harian Metro hari ini

Teringat pulak kes pesawat MAS yang kena hijack di Tanjung Kupang, Johor , lama dulu.   harap-harap ini bukan kes yang sama.   Apa-apa pun kita doakan yang terbaik dan semoga pesawat dan semua yang berada dalam pesawat segera ditemui.



Catat Ulasan