BUDAK SEKOLAH BERGADUH....TUNJUK BAGUS KE??



                                gambar sekadar hiasan - ehsan google


Semalam, suami aku off day, memandangkan di Johor sekarang ni dah lain dah waktu persekolahan dari Ahad hingga Jumaat terasa jugala waktu santai bersama anak-anak dah tak ada lagi.  Kalau dulu sama-sama cuti hari Ahad, hari tu memang waktu kami habiskan masa dengan anak-anak buatla apa-apa aktiviti tapi sekarang dah tak boleh dah.  Jadi hari Ahad anak-anak tak naik van pergi sekolah.  Kami hantar lewat sikit dan balik pun kami ambil.   

Nak jadi cerita semalam waktu ambil anak-anak balik sekolah waktu petang, ada budak-budak sekolah bergaduh bertumbuk.  Tak tahu apa puncanya.  Masa tu suami parking kat tepi jalan berhadapan dengan sekolah, aku turun cari Sarah dan Adib,  masa nak masuk kereta tiba-tiba aku terkejut ada 3 orang budak lelaki tergolek kat tepi kena belasah ramai-ramai.  Diaorg sempat juga bangun lari.  Ramai lagi yang dok kejar.  Tapi nasib baik ada seorang brader ni dia parking betul-betul depan kereta kami turun dan sergah budak-budak tu suruh bersurai. 

Kecoh sekejap kat situ.  Bila budak-budak tu tengok ramai orang tua tak berani la pulak.  Tapi mulut diorang masih memaki hamun dengan kata-kata lucah dan kesat sangat.   Suami aku jenis yang tak suka masuk campur jadi tak turun la lagipun ada anak aku yang kecik tu, kena jaga keselamatan juga.

Budak-budak tu bergaduh siap ada geng luar pulak.   Ntah apa-apa punya perangai budak-budak ni.  Nak salahkan siapa??  Hisap rokok dengan selamba depan cikgu.  Tunjuk bagus sangat ke?? Nak tunjuk kuat?? Otak pi mana??  Hidup, makan, pakai, sekolah mak bapak yang tanggung nak tunjuk bagus ke??   Sekolah tak habis lagi... adoiii apa nak jadi lah dengan budak-budak ni?? Aku pun ada anak lelaki, anak perempuan.  Risau kalau terpengaruh dengan kawan-kawan yang tersasar ni.   Aku tengok budak-budak perempuan pulak selamba je peluk-peluk budak lelaki atas motor, lepak depan sekolah pulak tu, Ramai parents ambil anak balik sekolah yang nampak kelakuan diorang ni.. Tak ada rasa malu langsung.   

Parents diorang tau tak anak-anak diorang ni macam mana?? Pernah cek tak beg sekolah anak-anak??  Cek ke tidak buku2 anak?  Apa ada dalam beg sekolah tu?? Cuba la buat spot cek selalu kat bilik anak, beg sekolah, buku-buku.  Dah jadi rutin aku akan cek tiap sudut bilik anak, beg sekolah dan buku-buku serta kerja sekolah.  Jadual waktu sekolah pun aku akan cek dan pastikan diorang tak tinggal buku.  Hari-hari aku buat.   Aku ada kuasa kan??  So aku guna aku sebagai ibu.  Kadang-kadang aku rasa marah sangat bila pergi kedai malam-malam nampak budak-budak lelaki ke perempuan ke masih main-main, merayap entah ke mana.   Bebasnya budak-budak ni.  Parents diorang tak kisah langsung ke??  Sepatutnya lepas waktu maghrib anak-anak tak boleh dibiarkan keluar rumah...  entahlah.. bagi aku parents kena tegas kalau betul sayangkan anak.   




1 comments:

Cabaran dalam mendidik anak2 zaman sekarang.Ibu bapa perlu lebih peka dengan perubahan sikap anak2

Reply

Catat Ulasan