UJIAN YANG ALLAH BERI ADALAH ANUGERAH...


Salam Jumaat..

Dugaan demi dugaan yang Allah swt beri pada kita semua seperti turunnya hujan hingga berlakunya banjir, sejuk yang melampau, kemudian panas dan kemarau, jerebu tebal hinggalah kehilangan pesawat MH370 yang masih kekal menjadi misteri dan tandatanya hingga hari ini sudah masuk hari ke 7.

Ada yang anggap semua ini adalah tanda Allah swt murka dan sedang memperingati kita tentang kekuasaanNYA.    Memang benarlah.. kita diambang akhir zaman.  Janganlah kita anggap apa yang berlaku di sekeliling kita hari ini sebagai bala.  Anggaplah ianya anugerah kerana Allah swt telah menegur kita dari kelekaan yang lama.   Jika selama ini kita leka dan lalai, maka lihatlah kini ramai yang bersatu hati dan kembali kepada Allah juga untuk memohon meminta belas agar di turunkan hujan, dihilangkan jerebu dan menemukan kembali pesawat MH370.

Teguran yang menyedarkan kita, tidakkah ianya satu anugerah?? Kita kembali ke jalan yang benar.




Catat Ulasan